'kisah persahabatan kita tidak akan berakhir. Andai silapku telah melukakan jalinan ini,maafkan aku...'
Angin pagi mengelus lembut pipiku. Pagi tadi setelah subuh,aku memutuskan untuk berjogging di sekitar taman perumahan. Sesekali aku ingin menghirup udara segar sebagai permulaan pagi. Ingin sahaja aku memaksa si Erin menemankan aku berjogging,tetapi matanya masih merah kerana sisa kantuk masih ada. Erin,teman baikku dari sekolah lagi. Selepas peperiksaan SPM,kami telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di salah satu IPTA. Nasib bertambah baik apabila kami sama-sama mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di universiti yang sama. Bezanya, aku belajar IT dan dia pula budak plant science. Dan,dah sepuluh tahun persahabatan ini terjalin.
Truuutttt truuut truuutt
Bunyi ringtone daripada telefon pintar menandakan mesej daripada whatsapp masuk.
Erin: weh lisa, Nana call aku tadi..dia nak tumpg tido kt rumah mlm nnti..tapi,xpe..aku teman dia tido kt ruang tamu je.
Mesej daripadanya dibiarkan tak berbalas. Sejak akhir-akhir ni,suka benar dia menaikkan nama si Nana tu. Dan kerana hal ini aku perasan yang Erin selalu mengabaikan aku. Macam pulang lewat malamlah. Keluar tak ajaklah,tak tanya aku ni dah makan ke. Tak macam dulu! Tak macam Erin yang lembut dan caring bertanyakan hal aku. Dan si Nana pula kepoh nak mengaku yang Erin is her new bestfriend. Like what the heck? Aku jadi cukup benci bila kami bertiga berkumpul. Mesti aku yang menjadi tunggul.
Udara yang segar tadi dihembus dengan berat. Menyesal atas apa berlaku. Kaki mempercepatkan jalan,sama laju dengan jantungnya berdetak. Permulaan yang disangka jernih berubah menjadi keruh.
= = = = = = = =
Erin tergesa-gesa masuk ke dalam bilik. Aku yang duduk di tepi meja belajar pun tidak dihiraukan. Di meluru masuk ke dalam tandas kemudian keluar semula mencari something di dalam almarinya. Baju-baju di campak ke mana sahaja. Sampaikan ada satu baju telah menghinggap atas kepalaku. Aku yang serabut melihat dirinya cemas dengan sesuatu mula bersuara.
"Erin,kau kenapa erk?dok kumbah barang dalam gerobok tu. Pahtu ke hulu ke hilir macam cari something. Serabut aku."
Namun,tidak ada respon daripada Erin. Dia seperti sangat konsentrasi terhadap apa yang dicari.
"Yes! Dah jumpa pun." Sebuah buku berwarna kulit kosong dijulang seperti piala kemenangan. Setelah jumpa apa yang dicari,dia berlalu pergi. Tanpa membalas soalanku tadi.
Truuuutt truuutt.
Mesej daripada Erin.
'eh,sorry x tegur kau. Mlm ni aku balik lmbt tau. Aku kuar dgn nana.'
Melihatkan isi kandungan dari mesej Erin,hati mula terasa panas. Aku cukup benci dengan nama yang disebut oleh Erin. Nana yang satu fakulti dengan Erin telah merampas kawan baik aku. Aku bencikannya.
'Erin is my bestfriend,b#tch!' aku bermonolog dan mataku mula berair.
= = = = = = =
"Pagi Lisa!! Awalnya kau bangun hari ni?" suara Erin yang nyaring telah membuat aku sedar sepenuhnya. Namun,aku masih berbaring di atas katil. Melihatkan Erin menanggalkan tudungnya di hadapan cermin,aku beranggapan dia baru sahaja pulang. Aku toleh ke jam penggera yang berada di tepi katil. Sudah pukul 6 pagi.
"Kau baru balik?"
Dia menoleh ke arah ku sambil tersenyum. Tangan kirinya menunjukkan symbol peace.
"Weh,nanti tengahhari teman aku gi kedai depan. Desperate nak beli kredit doe."
Dia berjalan ke katilnya sambil berkata.
"Tengoklah kalau aku tak keluar."
Selimut diatas bantal dibuka lipatannya.
"Aku tidur dulu."
Dan aku..sedih dan bengang. Aku bangun dari katil dan terus switch on lampu.
"Lisa tutuplah lampu. Nak tidur." Rengek Erin.
Namun,lampu tetap dibiarkan bercahaya. Dan rengekannya tidak dibalas.
'Macam yang dia selalu dekat aku. Aku pun akan ignore kau nanti.' Kata-kata yang diungkap di dalam hati membuat aku tersenyum. Aku dah bencikan kau!
= = = = = = = = = = =
"Lisa,sorry tak dapat temankan kau sebab aku nak keluar dengan Nana ni. Kau ok kan?"
Aku tidak sesekali menoleh dan hanya berdiam diri. Seolah mencipta dunia sendiri.
"Lisa,dengar tak?" kali ini suara di kuatkan sedikit. Tapi masih halus.
Aku masih seperti tadi.
Dia seperti give up memujukku mula melangkahkan kakinya untuk keluar.
Aku bersuara dengan tiba-tibanya.
"Kau selalu keluar dengan Nana sebab apa ya? Yang pasti bukan sebab assignment kan? Sebab sem ni korang takde subje yang sama pun. Apa yang korang buat sampai selalu tinggalkan aku?"
"Lisa..sorry. kau terasa ke? Aku ingat kau ok sebab kau selalu senyum bila Nana datang jumpa kita." Erin kembali menoleh ke sini.
"Jumpa kau. Bukan jumpa kita. Is Nana your new bestfriend? Coz you're really happy when you guys together and she seem like she's taking you away from me." Mata aku tetap menumpu kertas assignment. Tangan semakin kuat mengenggam pen.
"Lisa,she's not taking me away from you. Kami just enjoy jadi kawan je. Kau janganlah marah. Lisa,maafkan aku. Please." Erin merayu.
"Aku rasa dah lama Nana tunggu kau. Better kau pergi sekarang."
"Lisa.."
"Just go."
"Not until.."
"Just go!!!!"
Erin tersentak. Dia tidak pernah dimarahi sebegini oleh Lisa. Walau mereka sering bergaduh,tidak sesekali salah seorang daripada mereka akan menengking dengan kuat. Matanya mula berair.
"Lisa,aku minta maaf.please"
"Weh blah lah perempuan!"
Air mata Erin mula mengalir. Sambil mengesat air matanya dengan tangan kanan,dia pantas berlalu dari situ.
Alisa berasa puas dengan apa yang diluahkan. Atau dihamburkan?
Bibir mula membentuk senyuman. Dan perasaan kembali tenang. Sedikit pun dia tidak berasa kesal.
'you don't know that I had feeling towards you,Erin. But,not now.'
Kini,sudah tiga minggu pemergian Erin. Erin telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya. Kemalangan itu berlaku pada hari Alisa dan Erin bergaduh. Berita itu tidak mengejutkan bagi Alisa dan dia tidak sesekali berasa sedih. Hari pengebumian pun Alisa tidak datang. Hatinya semakin keras. Namun sejak akhir-akhir ini, suara Erin sering menganggu dirinya. Dirinya cukup tertekan apabila Erin selalu berada di birai katil dan sering meminta.....
'Lisa,aku minta maaf.'
...maaf.
Sorry for the typos..
Sorry kalau hambar..
Brainstorming skrg ni..
And saya dah start sibuk dengan semester baru.
But,i hope you enjoy reading my story.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cerpen: Psiko Urban
HororCerita pendek karya jemah bersatu. Cerita hantu,cerita kat bandar,cerita di mana tempat yang ada ciri-ciri ketamadunan dan menunjukkan ada kehidupan. Kehidupan dimensi lain maybe.
