Nota Kematian

1.4K 64 3
                                        

Pernah dengar death note?
Ingat tak bentuk buku tu macam mana?

Aku pernah terjumpa satu buku yang tertulis death note di atas cover depannya. Di tepinya ada satu pen yang tergantung dengan tali yang telah diikat bersama dengan buku itu. Buku tu nampak menarik jadi aku bawa ia pulang bersama ku. Sesampai di rumah sewa. Aku tunjukkan buku itu kepada roommate aku,Zeti.

Kami membelek buku itu dari luar hingga ke helaian pertama.
Pada helaian pertama,ada satu nota kecil yang ditulis pada hujung kiri. Nota itu mengatakan:

Sekiranya kamu membenci seseorang,tulislah namanya dengan pen ini di atas satu helaian kertas. Hanya satu nama untuk satu helaian.

Gila.

"Takkan benda ni betul?"

"Nak kepastian tak?" Tanya roommateku sambil mengangkat keningnya.

Aku tahu ini kedengaran sangat bodoh tapi aku anggukan sahaja.
Malah,aku juga turut memberi nama seseorang yang aku benci sebagai cadangan. Erm...tak salahkan kalau mencuba.

"Tulis Najibur."

Nama Najib telah pun ditulis.

Sekarang ni kami menunggu berita tentang kematian musuh kami. Aku tak tahu kenapa aku seakan berharap.
Tapi aku dan rommate siap sedia di hadapan tv dan facebook untuk mendengar khabar berita tentang kematian yang ditunggu-tunggu.

"Kematian tergempar......"

Kami tersenyum di hadapan tv. Gembira dengan paparan di tv. Kematian yang dijulang adalah kematian misteri dalam abad ini. Orang lain mesti tidak tahu. Tapi kami tahu. Rahsianya adalah buku ini.

Ketukan di pintu kedengaran. Aku bingkas bangun dari tempat duduk untuk menjenguk siapa di luar. Ternyata roommate aku seorang lagi.

"Eh,Irina. Bukan ke kau ada meeting malam ni?" Tanya aku kepadanya.

"Meeting cancel."
Dijawab dengan ringkas. Tapi wajahnya sugul dan sedih semacam.

"Kau kenapa?" Tanya aku kehairanan. Jarang kot Irine macam ni. Mesti dia ada dalam masalah yang besar.

"Takde pape."

"Weh,Irine. Kecoh doe Najibur mati. Ni tengok berita. Tak habis-habis kecoh pasal dia. Padahal ulang benda yang sama je." Tiba-tiba rommateku sorang lagi bersuara.

"Ala,tak payah dilayankan sangat berita suku tu. Cuba kau tengok facebook tak pun blogging. Banyak yang kata konspirasi. Especially konspirasi yahudi. " cadangnya.

"Ohhh." Itu sahaja kami balas.

Buku death note dipegang oleh Zeti diletakkan atas meja.

"Eh,tu macam buku aku! Tengok jap." Irine menunding jari telunjuknya pada buku yang terletak di atas meja.
Kami berdua saling berpandangan.

"Err,nah." Zeti pass buku itu kepada Irine.

Irine yang berwajah sugul tadi menjadi serius apabila dia membelek-belek cover buku tersebut.

"Sah,ini buku aku! Sebab ada tanda harga lagi kat belakang buku ni. Mana korang jumpa ni?" Tanyanya kehairanan.

Heh? Tanda harga. Apasal aku tak perasan ni.

"Aku jumpa kat luar dewan kuliah tadi. Ngee." Aku membuat simbol peace.

Irine hanya tersenyum. Kali ini dia membuka helaian pertama kemudia helaian seterusnya dan pada helaian situ ada tertulis nama Najibur.

"Korang ni..." Dia tersenyum. "Nakal betul."

Heeeeee

///lolz sangat. Ok ini sangat bosan. Hey guys. Nak hebahkan tentang satu lagi cerita yang saya buat.  Novel cinta yang cliche(ala sikit je) and strictly for 18 and above sahaja yang boleh baca. Nanti,saya bagi tajuk dia ya.

/// untuk cerpen kali ini,memang agak bosan. But,do vote,share and comment below. Muah la vida.

Cerpen: Psiko UrbanCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang