"Apa ibu? Janganlah main-main benda macam ni. " Aira Aryana bangun dari sofa. Wajah ibunya dan Dato' Farid dipandang silih berganti.
"Sayang, ibu buat semua ini untuk kebaikan kita." Puan Nasuha mula berkata lembut. Muka Aira kelihatan tidak percaya.
"Ya Aira. Uncle minta maaf. Uncle memang dah jatuh hati pada ibu Aira. Dalam masa yang sama, uncle rasa uncle bertanggungjawab untuk jaga kamu berdua." Dato' Farid, kawan kepada arwah bapa Aira berkata.
Aira hanya mengeluh. Seketika, suasana jadi hening. Aira diam memikirkan keputusan yang terbaik. Siapa menyangka ibu dan kawan kepada arwah bapanya berniat untuk berkahwin dalam masa terdekat.
Dia tahu jauh di sudut hati ibunya juga susah untuk membuat keputusan seperti itu. Puan Nasuha cuma mahu yang terbaik untuk mereka berdua.
"Baiklah. Aira setuju." Aira terus mendaki tangga. Kepalanya pening memikirkan keadaan sekarang.
Puan Nasuha dan Dato' Farid hanya tersenyum lega. Aira seorang yang degil, tetapi Puan Nasuha tahu Aira juga boleh berfikir secara matang.
"Alhamdulillah. Aira setuju. Macam mana dengan Zariq?" Puan Nasuha berkata.
"Zariq tu, Nas jangan risau. Saya akan handle okay?" Dato' Farid tersenyum.
********
"Jadi, kau kena pindahlah ni ? Ala weh. Rindu la aku." Suraya mula merengek. Tubuh Aira dipeluk dari tepi, kepala saja dilentok manja pada bahu Aira.
"Ala kau ni. Mengada betul. Lepaslah. " Aira menolak pelukan Suraya. Rimas. Suraya sememangnya gedik dan manja dengannya. Mereka sudah seperti adik-beradik.
"Bukan aku yang nak. Dah ibu nak kahwin dengan Dato' Farid tu. Aku nak buat macam mana." Buku teks Sejarah di atas meja diambil dan dibaca.
Suraya memuncung apabila Aira menolak pelukan. "Baru nak bermanja. Hmm mungkin ibu kau sayang kau. Yela taknak bagi kau hidup susah." Kata Suraya tanpa berlapik.
"Ibu aku bukan mata duitan! Dia orang memang cinta antara satu sama lain. Aku cuma nak ibu aku bahagia. Jadi aku ikut je lah katanya." Aira menutup buku lalu bangun. Fokusnya terganggu mendengar kata Suraya.
"Hmm yalah. Kau nak pergi mana pulak ?" Suraya mengerutkan muka. Jam dinding dikerling sekilas. Lagi dua puluh minit kelas akan bermula.
"Aku nak jumpa budak semalam. " Aira berkata. Ada sedikit hal yang perlu dia selesaikan.
" Junior kita yang bagi surat kat kau tu eh ?" Suraya meneka sambil menggelakkan Aira.
Aira hanya menjeling lalu berjalan ke arah kelas 4 MPV, selang dua buah bangunan dari bangunan kelasnya. Sampai saja di kelas tersebut, Aira memandang seisi kelas. Lenggang.
"Badrul!" Laung Aira kuat. Mata terarah pada lelaki yang sedang berborak sakan bersama rakannya yang lain.
Terhenti perbualan kosong mereka, Badrul bangun lalu berjalan ke arah Aira.
"You dah terima ke ? Tak sabar nampak nak jumpa I? Dah rindu?" Kata Badrul menggoda sambil tersengih.
Tetapi bagi Aira, mahu saja dimuntahkan segala sisa sarapan pagi tadi mendengar kata Badrul. Walaupun muka Badrul ni boleh tahan kacak dia. Huh kacak tapi bodoh buat apa.
"Kepala otak kau! Ambik balik surat kau! Semak betul!" Surat berwarna merah jambu itu dilemparkan ke muka Badrul.
Badrul hanya tersenyum. Lantas lengan Aira direntap. Tetapi Aira lebih pantas. Direntap pula tangan Badrul lalu di bawa ke belakang. Dikunci pergerakan Badrul.
"Eh kau ni! Aku tak main kasar kan ? Dasar lelaki lembik!" Aira menolak tubuh Badrul sehingga Badrul tersungkur.
Pelajar yang lain hanya memandang sambil menahan gelak. Lucu melihat Badrul yang berlagak samseng itu tertiarap di atas lantai.
Badrul memandang Aira tidak puas hati.Mukanya sudah tebal menahan malu di hadapan rakan-rakan kelasnya yang sakan ketawa.
Kaki mengorak langkah keluar dari kelas itu. Aira berjalan menuju ke kelasnya kembali dengan senyuman puas.
*******
"Weh bengong! Kau pergi belasah si Bad tu ke ?! Kau ni! Janganlah buat hal. Jangan sampai kau kena heret pi bilik tahanan pula." Suraya berkata risau.
"Takdanya. Aku cuma 'kunci' je tadi. Dia yang mula tadi. Malas aku nak gaduh. Penat tahu tak." Aira duduk di kerusinya. Air mineral yang baru dibelinya tadi diteguk perlahan.
"Nasib baik. Bukannya aku tak kenal kau. Kau kan dah lama tak gaduh. Dah insaf kan ?" Suraya ketawa mengusik.
Aira hanya menjeling.
Siapa tak kenal Aira Aryana? Seorang yang berhati keras. Kepala batu. Dingin. Sesiapa yang buat hal, pasti kena dengan dia. Tapi itu dulu. Sudah masuk tingkatan lima, Aira tidak lagi berkelakuan agresif. Dia mahu menumpukan perhatian pada peperiksaan SPM yang bakal dihadapinya.
YOU ARE READING
Hati Si Dingin.
RomanceAira Aryana dan Zariq Raiqal. Mereka ditakdirkan menjadi adik- beradik tiri. Dua-dua kepala batu. Dua-dua sama dingin. Gaduh? Gaduh yang boleh membuatkan kedua-duanya bertumbuk. Tetapi kadang-kala kedua-duanya juga sama-sama ingin membantu. Ingin me...