Bab 20 | Sayang

6K 321 0
                                    

Aira memalingkan tubuhnya ke kanan. Kemudian ke kiri. 5 minit kemudian ke kanan semula.

" Arhhh!! " Serta-merta Aira bangun dari posisi baringnya. Rambut dikusutkan.

' Apa yang kau dah buat hah Zariq ? Aku dah gila dah ni!! ' Aira menjerit dalam hati. Zariq pula disalahkan.

Mata Aira tidak boleh lelap akibat penangan Zariq. Luahannya beberapa minggu lalu campur dengan kata-kata pagi tadi amat membuatkan Aira jadi tak betul.

" I. Am. Crazy. Because. Of. You. "

" Jatuh Cinta. "

" Kau. "

" Entah. Kenapa. Aku. Suka. Tengok. Kau. Dari. Mula. Aku. Kenal. Kau. "

" Because when I come near you, my heart beat fast. Fast and fast."

Kata-kata Zariq semua bercampur. Dengan pick up lines bagai. Huh.

Aira menekup mukanya lalu menjerit kuat. Nasib baik dah pukul 4 pagi. Takdelah orang dengar.

Eh jap.

" Pukul 4 pagi ?! " Aira menjerit lagi sebelum memandang jam dinding.

Ya Allah. Lagi 2 jam je nak pukul 6 pagi.

Aira segera merebahkan tubuhnya dan menutup mata.

**********

Datuk Farid berlalu ke ruang makan. Kelihatan isterinya sedang menyediakan sarapan sendirian tanpa Mak Leha. Mak Leha bercuti kerana ada masalah di kampungnya. Jadi dia balik ke kampung dalam 3 hari.

" Mana anak-anak ? " Tanya Datuk Farid. Briefcase diletakkan di kerusi sebelahnya sebelum melabuhkan duduk.

" Entahlah. Tadi masa solat pun, Aira tak turun kan. Zariq dah turun tadi, tapi naik balik. " Puan Nasuha memaklumkan sambil tangan lincah membancuh kopi.

Datuk Farid hanya mengangguk. Memang Aira tak turun solat berjemaah tadi.

" Aira tak sihat ke ? " Tanya Datuk Farid

" Entahlah bang. Saya ketuk pintu tadi, kata ya ya. Tapi sekarang tak turun pun. "

Puan Nasuha meletakkan mug yang berisi air kopi panas itu bersebelahan dengan pinggan Datuk Farid. Lalu menyedukkan bihun goreng ke pinggan Datuk Farid.

Air milo panas pula dibuat untuk Aira dan Zariq.

Datuk Farid mula makan. Fikirannya melayang memikirkan tujuannya...

" Nas, abang rasa. Abang patut cakap benda ni. Dan abang nak sangat supaya Nas tunaikan nanti. " Datuk Farid berkata setelah habis minum.

Puan Nasuha mengerutkan dahinya.

" Apa bang ? Cakap lah. "

" Abang... "

********

Aira menggosok matanya. Kepala terasa berat. Dahi disentuh. Panas betul badannya. Tubuh dipaksa bangun. Jam ditilik. Pukul 9 pagi.

" Hah ?! 9 pagi ?! " Aira tiba-tiba menjerit akibat terkejut.

Laju kaki melangkah turun ke bawah. Kelibat Puan Nasuha dicari.

" Ibu! " Aira menjerit memanggil Puan Nasuha.

" Kat taman ni ! " Kedengaran sayup-sayup suara Puan Nasuha.

Hati Si Dingin.Where stories live. Discover now