Bab 34 | Nikah

6.9K 355 16
                                    

[ Aira POV ]

Hari yang ditunggu-tunggu tiba jua. Aku merenung tubuh di cermin. Dada yang berdebar dipegang.

Hari ini hari yang paling penting. Aku akan berkahwin. Dalam tak sedar bibir aku sudah menguntum senyuman.

Seketika kepala aku menggeleng-geleng bagi menghilangkan bayangan Zariq yang tiba-tiba muncul dalam minda.

Tuk! Tuk!

Pintu tiba-tiba dibuka perlahan. Ryana dan Nina sudah menapak masuk ke dalam.

" Eh. La yang kau tak siap lagi ni kenapa ? " Ryana mencekak pinggang.

Nina sudah terlentang atas katil.

" Pukul berapa gerak masjid ? " Tanya aku sambil menyikat rambut yang basah.

" Pukul 12.30. Katanya akad nikah lepas Zohor. " Ryana meletakkan beg solekannya di tepi meja solek. Ryana mak andamku!

" Kau dah mandi kan, Aira ? " Tanya Nina pula. Kain kurungnya sudah tersingkap ke pinggang. Nasib baik dia pakai seluar di dalam nya.

" Dah okay! Wangi ni lagi ni. "

Ryana dan Nina mencebik menyampah. Ryana sudah memegang bahu. "Bangun. Hadapkan kerusi kau ke sini. "

Kerusi yang diduduki aku diletakkan di hadapan birai katil. Ryana duduk di birai katil manakala aku menghadapnya.

" Perlu ke make up segala ni ? " Tanya aku lemah. Muka dimasamkan selagi boleh.

Ryana menjegilkan matanya. "Mestilah perlu! Aira, hari ni kau nak kahwin tau. Jangan buat hal. " Ryana mengeluarkan satu per satu alat soleknya yang berjenama dari London.

Nina hanya memerhati. "Kau dah ambil wudhuk, Aira ? " Tanyanya.

Aku mengangguk perlahan. "Eh Tilla dengan Kak Zahra mana ? "

" Tilla dengan kak Zahra ada kat bawah. Tengah uruskan beberapa hal. " Ryana menjawab. Tangannya ligat menyapu bedak ke muka ku.

" Jangan risau. Aku make up simple je ni. " Ryana akhirnya mengalah apabila Aira memuncungkan mulutnya.

Aira tersengih senang.

Hampir setengah jam Aira disolekkan. Akhirnya baju jubah pengantin diberikan kepadanya. Warna jubah pengantin itu ialah putih suci. Sangat cantik.

Selesai sahaja memakai jubah pengantin muslimah itu, aku keluar dari ruangan baju dan mempersembahkan di hadapan Ryana dan Nina.

Kedengaran bunyi tepukan dari mereka. Aku hanya tersenyum.

" Wah! Cantiknya kau Aira! " Suara Syatilla menyapa telinga.

Aku memandang ke arah pintu. Syatilla baru sahaja masuk ke dalam bilik.

" Baru tahu ke ? " Aku tersenyum bangga. Mereka ketawa dengan gelagat aku.

Sekarang masa untuk memakai tudung pula. Syatilla mengambil inner neck dan diberikan kepadaku. Aku segera pakai dan Syatilla mencapai shawl putih yang sudah digosok dan dililitkan pada kepala aku.

Selesai. Siap semuanya, aku duduk di birai katil sementara Ryana dan Syatilla sibuk membetulkan pakaian mereka.

Ting!
Bunyi mesej masuk menarik perhatianku. Segera aku capai telefon dan membuka mesej dari Whatsapp itu.

From: Penyamun
Ingat plan kita? Jangan takut pulak nanti.

Aku tersenyum.

Me
Ingat je. Kau perlu cakap dengan cermin aku rasa.

Hati Si Dingin.Where stories live. Discover now