Aira POV
Setelah dua minggu tinggal kat Kuala Lumpur ni, rasa happy? Hmm tak juga sebab aku kena berhadapan dengan orang yang buat aku rimas. Lagi-lagi kat sekolah. Semua angkuh tahu ?
Aku berjalan menuruni tangga untuk ke dapur. Tadi aku tak turun makan. Sebab ? Aku bergaduh dengan si penyamun. Ergh rimas.
Aku memanaskan lauk yang aku nak makan. Ayam masak merah dan sayur kubis goreng. Sementara menunggu, aku duduk di meja makan. Aku capai Iphone 6 yang baru papa belikan. Aku taknak pun sebenarnya. Tapi papa suruh guna jugak. Arh rimas lagi.
Aku belek telefon. Setakat ni okaylah aku dah pandai call dan mesej. Dan aku pun pandai juga ber Whatsapp. Cepat tak aku belajar ? Otak aku ni takdelah lembab sangat.
Aku rasa macam diperhati. Cepat aku pandang ke arah pintu dapur.
Zariq.
Aku buat muka. Apa masalah dia ni duk tenung muka aku? Tahulah cantik. Ceh.
"Kau kenapa ? Okay tak ?" Tanya aku pelik. Seram juga tengok dia. Ke dia ni bukan Zariq ? Dia ni han..tu ?
Serta merta bulu roma aku naik.
"Kau jangan kacau aku. Aku tak kacau kau kan ? Balik la tempat asal kau wahai jembalang." Kata aku perlahan. Dulu Tokyah ada ajar aku macam tu. Cakap bebaik. Makhluk tu pun ciptaan Allah.
Seketika aku dengar dia ketawa. Lagi la aku seram. Tapi ketawa dia macam... macho sangat ?
" Kau fikir apa hah ? Jembalang ? Aku yang kacak menawan ni jembalang ? Huh " Zariq bersuara.
Sungguhlah malu. Apa kau buat ni Aira ?
Aku dah rasa pipi panas semacam.
"Penakut juga kau ni kan ?"
"Aku bukan takut. Cuma hormat makhluk Allah. "
Aku bangun menuju ke arah kuali. Ayam masak merah di kuali, aku gaul. Nak cover sebenarnya.
Zariq mendekati aku. Aku hanya buat endah tak endah.
"Kau masak apa ? Laparlah" adu Zariq. Perut dipegang. Comel.
Aik. Fokus Aira. Fokus !
Aku menutup api. Sayur kubis goreng juga ditutup apinya.
Aku mengambil pinggan dan nasi dicedok. Hmm dua pinggan sebenarnya. Satu pinggan diberi kepada Zariq. Zariq menguntum senyuman.
Cute smile!
Maaf. Terpaksa mengaku. Author ni pun hish.
"Papa kata kau ada gastrik? Tadi kau pun tak makan kan ? Huh nanti gastrik, menyusahkan aku je "
"Hmm." Hanya itu yang dibalas.
Setelah lauk diambil, aku duduk di meja makan. Air mineral sejuk diambil.
Aku makan dengan rakus. Huh kisah apa aku kalau dia cakap aku ni tak senonoh pun.
Zariq hanya memandang kosong. Segera dia duduk berhadapan dan mula makan.
Senyap. Krik krik.
End POV
~~~~~~~~~~~~~
Zariq melihat bintang . Seketika, air mata laju menuruni pipinya.
Rindu. Rindu pada arwah mamanya.
Zariq yang pada masa tu hendak melintas jalan, tiba-tiba ada kereta meluncur laju. Badan kecil Zariq terasa ditolak kasar ke tepi jalan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hati Si Dingin.
RomanceAira Aryana dan Zariq Raiqal. Mereka ditakdirkan menjadi adik- beradik tiri. Dua-dua kepala batu. Dua-dua sama dingin. Gaduh? Gaduh yang boleh membuatkan kedua-duanya bertumbuk. Tetapi kadang-kala kedua-duanya juga sama-sama ingin membantu. Ingin me...