Datuk Farid mengarahkan supaya semua duduk di sofa yang berada di lobi hotel. Aira segera mengambil tempat di sebelah Puan Nasuha. Manakala Zariq sudah duduk bertentangan dengannya.
Aira mengalihkan pandangannya dari telefon ke arah Zariq yang daripada tadi menghadap telefonnya. Muka Zariq langsung tak senyum.
' Takkan merajuk lagi ? Eyy macam budak-budak. ' Kutuk Aira.
Sibuk dia merenung Zariq, Datuk Farid datang untuk menyerahkan kunci bilik.
" Pak Leman dengan Mak Leha satu bilik ya. Zariq dan Aira duduk dengan... "
" Pa, Riq nak satu bilik boleh tak pa ? Yang single suit je pa. Boleh ? " Zariq tiba-tiba berkata. Sebenarnya dia memang malas nak satu bilik dengan Aira.
Mata Aira membulat.
' Eyy mengada gila. '
" Hmm yela. Kejap papa pergi daftar. Ni Pak Leman dengan Mak Leha naiklah dulu. " Kunci diberi kepada Pak Leman. Setelah itu Datuk Farid berlalu ke kaunter semula.
Zariq memandang kosong ke arah Aira. Aira tersentak. Segera dia memandang telefonnya kembali.
Setelah selesai, tiba-tiba Datuk Farid memberi satu kunci kepada Aira. Eh apakah ?
" Papa nak juga dating dengan ibu Aira. Aira takpe kan duduk sorang-sorang ? Lagipun bilik Aira sebelah bilik Ariq je. "
Kata-kata Datuk Farid menyentak Aira. Zariq juga kelihatan terkejut.
" Err jadi Aira pun single suit lah ? " Tanya Aira teragak-agak.
Datuk Farid mengangguk.
Aira terasa nak pengsan. Tapi best juga. Bilik tak payah kongsi dengan orang lain beb. Perghh ..
" Hmm tapi.. "
" Takpe. Bilik single suit ni murah je. " Potong Datuk Farid.
Akhirnya Aira mengangguk sahaja. Mereka berlalu ke bilik masing-masing.
~~~~~~~~~~~~~~
Aira perlahan-lahan membuka pintu bilik. Mata terpaku.
' Cantiknya! ' Ujar Aira dalam hati.
Bilik yang diterangi cahaya malap. Katil single terletak di tengah ruangan. Ada tv dan peti ais mini. Tepi peti ais pula ada cawan dan beberapa paket serbuk kopi 3in1 jenama apa tah.
Aira segera naik ke katil. Empuknya! Seketika Aira baru perasan ada balkoni. Lalu dia mengorak langkah ke sliding door itu dan ditolak. Pemandangan laut yang mengelilingi pulau jelas terpapar di ruang mata. SubhanaAllah!
Aira meletakkan tangannya di palang itu. Angin pantai meniup lembut.
' Ya Allah tenangnya! '
" Hoi! " Jerit satu suara menyentak lamunan Aira.
Mata dialihkan memandang ke kanan. Terbeliak matanya.
" Zariq ? "
" Apahal kau ? " Zariq menjeling Aira tiba-tiba.
' Eh patutlah. Bilik Zariq kan sebelah bilik aku. Apahal bebal sangat kau ni Aira ? ' Kata Aira dalam hati.
Aira menjelirkan lidahnya lalu cepat dia masuk ke dalam. Pintu sliding dibiarkan terbuka. Aira mengambil beg rodanya. Dipunggahkan bajunya dan disusun dalam almari sederhana kecil di sebelah katil. Kata papanya, mereka akan berada disini dekat 5 hari lamanya. Fuhh syok betul!
YOU ARE READING
Hati Si Dingin.
Roman d'amourAira Aryana dan Zariq Raiqal. Mereka ditakdirkan menjadi adik- beradik tiri. Dua-dua kepala batu. Dua-dua sama dingin. Gaduh? Gaduh yang boleh membuatkan kedua-duanya bertumbuk. Tetapi kadang-kala kedua-duanya juga sama-sama ingin membantu. Ingin me...