Bab 5 | Tempat Baru

6.7K 390 0
                                    

Aira bangun dan seperti biasa, dia turun ke bawah untuk solat subuh bersama yang lain.

Selesai sahaja solat subuh berjemaah, cepat Aira menyiapkan diri untuk ke sekolah. Tudung dibetulkan. Lencana yang baru dijahit semalam kelihatan kemas.

Selesai semua, Aira segera turun ke bawah. Pukul 6.45 pagi. Masih awal. Kelihatan Mak Leha sibuk menyiapkan sarapan pagi untuk seisi rumah.

"Mak Leha!" Sapa Aira. Hampir sahaja melatah Mak Leha jadinya.

"Kamu ni Aira! Terkejut Mak tau" Mak Leha memuncung. Nasi goreng setia digaul di dalam kuali.

Aira tersengih. Selepas itu, dia menolong Mak Leha menyediakan hidangan.

Datuk Farid dan Puan Nasuha turun serentak. Aira segera memeluk ibunya.

"Aira dah nak pergi ke ?" Tanya Datuk Farid.

"Aah. Maaflah Aira makan dulu tadi." Kata Aira.

Datuk Farid hanya tersenyum.

"Takpalah. Kamu kalau nak pergi dulu, suruh Pak Leman je hantar. Si Zariq tu kang pukul 7.30 masuk sekolah pun dia tak kisah.

Aira hanya diam. Malas mahu mengambil kisah tentang Zariq. Segera dia bangun lalu disalam papa dan ibunya.

******

Aira mengikuti langkah guru di hadapannya. Kata cikgu yang bertugas tadi, ini adalah guru kelasnya, Cikgu Melati. Cantik je.

Di sekolah elit ini boleh tahan moden. Siap ada swimming pool lagi. Kalau kat sekolah dia dulu, setakat bilik tayangan, ada tv dah rasa bangga. Huh.

Sampai di kelas, kedengaran riuh rendah berubah menjadi sepi. Semua kelam kabut duduk di tenpat masing-masing. Aira hanya membuat muka kosong. Tenang.

"Baiklah semua. Ini ada murid baru ya dari Johor. Perkenalkan diri." Minta Cikgu Melati. Aku cuma turuti sahaja.

"Assalamualaikum. Nama saya Aira Aryana. Boleh panggil Aira." Kata Aira ringkas.

"Ada apa-apa soalan ?" Tanya Cikgu Melati.

Senyap.

"Baiklah. Aira, awak boleh duduk. Hmm sebelah Syatilla ya." Kata Cikgu Melati lagi. Ibu jari lurus ke arah meja belakang sekali tepi tingkap.

Aira melangkah ke meja. Syatilla hanya tersenyum dari tadi. Aira membalas dengan senyuman nipis.

"Hai! Syatilla. Panggil Tilla." kata Tilla sambil menghulur tangan. Aira menyambut.

Syatilla nampak polos tetapi sangat cantik. Ada kacukan cina mungkin berdasarkan matanya yang sedikit sepet.

Aira menjalani proses pembelajaran dengan baik. Sesekali Syatilla dengan ramah mengajar apa yang Aira kurang faham.

Kring!!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Aira hanya meneruskan latihan yang tidak sempat disalin.

"Kau taknak rehat ?" Tanya Syatilla sambil tangannya lincah mengemas alat tulisnya.

Panggilan berubah. Aira yang meminta agar mereka menggunakan panggilan aku-kau saja. Selesa.

Aira hanya menggeleng. Malas mahu membalas.

Syatilla hanya menggangguk lalu pergi.

Aira meneruskan kerja. Tiba-tiba ada seseorang berdiri di depan meja Aira.

Aira memandang.

Seorang pengawas lelaki yang segak dengan baju seragam biru. Memasukkan tangan ke dalan poket seluar.

Hati Si Dingin.Where stories live. Discover now