Media
Chocolate Cake Moist💕😍😘Kaki Aira melangkah ke arah dapur. Keadaan sunyi sepi. Baru pukul 8 pagi.
Puan Nasuha dan Datuk Farid awal-awal keluar. Katanya ada hal penting. Mak Leha pula rasanya ada di halaman rumah.
Teringin pula nak buat kek. Hari minggu macam ni elok untuk membuat aktiviti macam ni. Daripada duk memberanakkan tahi mata, baik buat kek.
Aira mengeluarkan serbuk koko, gula pasir, susu cair dan pekat, minyak masak, tepung gandum, baking powder, dan 3 biji telur.
Nasib Aira sedikit baik kerana hampir semua bahan ada.
Aira mengambil apron rona pink yang elok tergantung di pintu dapur.
' Pinky ? Eyyarkss ' Aira tersangatlah alergik dengan merah jambu ya. Ini pun sebab terpaksa sebab apron ni je yang elok tergantung. Harap maklum.
Aira memasukkan serbuk koko, gula pasir, susu pekat dan minyak ke dalam periuk. Dimasak dengan api yang sederhana. Dikacau sehingga sebati. Selepas itu, dipukul telur sehingga kembang. Diambil pula esen vanila dan dimasukkan ke dalam adunan.
Setelah itu, diayak tepung, bikarbonat, baking powder bersama dan dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Selepas itu, adunan tersebut dimasukkan ke dalam loyang dan diikat dengan kertas foil.
Aira mengelap sedikit peluhnya. Jam dinding dikerling. Baru pukul 10:35 pagi. Lama juga dia berperang.
Mak Leha masuk ke ruang dapur. Terkejut dia melihat dapur sedikit berselerak. Mata menyorot ke arah Aira yang tersengih.
" Buat apa ni ? " Mak Leha bercekak pinggang. Wajah sengaja digarangkan.
Aira melangkah ke arah Mak Leha sambil tersenyum penuh makna. Tangan disorokkan.
Sampai di depan Mak Leha . Pipi Mak Leha diusap sengaja.
" Oit mak kauu!! Ya Allah Aira!! " Mak Leha menjerit terkejut. Pipi yang dicalit tepung oleh Aira dibersihkan.
Aira ketawa terkekek-kekek. Tepung yang digenggam tadi selamat berada di pipi Mak Leha.
Mak Leha menjegilkan matanya.
" Mak Leha bagitahu ibu kamu. " Ugut Mak Leha. Kain dicapai lalu dibersihkan mukanya.
Aira menjelirkan lidahnya. Kemudian tubuh tua Mak Leha dipeluk. Pipi Mak Leha juga dicium.
" Sorrylah Mak Leha. Gurau je. " Aira memujuk.
Mak Leha tersenyum. Diusap kepala Aira.
" Dahlah. Ni kamu tengah buat apa ni ? " Tanya Mak Leha.
Aira melepaskan tangannya. Kaki melangkah ke arah meja dan disambung tugasnya tadi. Mengukus pula.
" Kek coklat kukus. Mak Leha mesti suka punya. Kat kampung dulu, Aira selalu buat untuk ibu. " Aira berkata sambil senyuman di bibir.
Air kukusan dipanaskan sehingga mendidih. Kek tadi dikukus. Sementara menunggu kek tadi, Air membuat toppingnya pula.
Mak Leha melihat tangan Aira yang lincah membuat kerja.
Gelak ketawa memenuhi ruang dapur besar itu.
Kelibat Zariq memasuki dapur. Terkejut dia melihat dapur yang hampir berselerak.
" Siapa gaduh pulak ni ? " Zariq bertanya. Kaki mendekati Mak Leha.
" Gaduh apanya? Ni Aira buat kek. " Mak Leha menjawab.

YOU ARE READING
Hati Si Dingin.
RomanceAira Aryana dan Zariq Raiqal. Mereka ditakdirkan menjadi adik- beradik tiri. Dua-dua kepala batu. Dua-dua sama dingin. Gaduh? Gaduh yang boleh membuatkan kedua-duanya bertumbuk. Tetapi kadang-kala kedua-duanya juga sama-sama ingin membantu. Ingin me...