Bab 30 | Lagi Lama

5.7K 340 1
                                    

[ Aira POV ]

Roti bakar aku ambil sekeping dan aku sapu jem strawberry di atasnya. Selepas itu aku berikan kepada Kyra.

" For you, sweetie. " Aku mencubit sedikit pipinya.

Dia tersenyum dan roti tadi dia ambil. Dengan pantas dia terus mengunyah roti itu.

" So delicious mama! " Dia terus makan tanpa banyak soal.

Kak Zahra sudah tersenyum melihat gelagatnya.

" Hmm Aira, harini Zariq dah mula kerja ya. Aira jadi apa ? " Tanya Kak Zahra sambil menyisip sedikit airnya.

" Entahlah kak. Tak tahu lagi. " Suara aku berubah suram.

" Jawatan arkitek ? "

" Arkitek dah cukup. "

" Takpelah. Nanti tahulah Zariq nak bagi apa jawatan kat kamu nanti. " Kak Zahra tersenyum jahat.

" Akak ni. " Aku ketawa diikuti Kak Zahra

Aku tersengih. Roti aku ambil dan sapukan kaya.

" Morning everyone and my sweetie! " Zariq yang baru muncul terus mengucup pipi gebu Kyra. Kerusi di sebelahku diduduknya.

Aku. Terkedu.

" Semangat lain macam kamu pagi ni. Kenapa ? " Tanya ibu sambil menghulurkan piring kepada Zariq.

Zariq tersengih.

" Takde pape bu. Biasalah. Ni first day kerja bu. " Jawab Zariq sambil tangan cuba menceduk nasi goreng yang agak dekat dengan aku.

" Aira, tolonglah Riq tu. Kang kotor baju dia tu. " Tegur Kak Zahra tiba-tiba.

Aku buat muka. Tapi aku akur juga. Pinggan Zariq aku rampas dan cedukkan nasi goreng itu.

Pagi ini Zariq nampak terlebih kacak pulak. Dengan kemeja biru pekat dan kot hitam. Tie pula rona hitam. Siapa tak cair woii ?

Mata Zariq hanya merenung aku. Aku sudah berdebar. Tapi wajah aku kawal sebaik mungkin.

Pinggan aku letakkan di hadapannya. Lalu aku sambung suapan aku tadi.

" Mama, can I wear this ? " Tangan Kyra menarik hujung shawl aku.

Aku tersentak lalu memandangnya.

" Why ? Sure you can. " Aku merenungnya.

Ya Allah. Seorang kanak-kanak mahu memakai tudung. Takkan aku cakap tak boleh pula ?

" Mama look good when wearing it . I want to be beautiful too. " Dia menarik hujung kain pergelangan tanganku pula.

Aku mengangguk sambil tersenyum. Kepalanya aku usap.

" Yes. You can. We will go out and buy some hijab for you. "

" Hi.. hijab. Yeayyy.. And I want to wear this too.. What is this mama ? " Tanyanya lagi. Kali ini, jubah ku pula ditarik.

" This is jubah. Yeah, we will shopping for this too. Okay ? " Aku tersenyum kepadanya. Dia bersorak gembira.

Aku pandang ibu dan Kak Zahra. Mereka mengucapkan syukur. Zariq pula aku lihat tersenyum memandang Kyra.

Selesai sarapan, aku bangun untuk bergerak ke pejabat.

" Where are you going mama ? "

" Mama want to go to work. "

" No. You can't. Papa too! " Jeritnya apabila dia melihat Zariq juga sudah bangun.

Zariq menghampiri Kyra dan mendukungnya.

Hati Si Dingin.Where stories live. Discover now