Aira memandang tajam ke arah Zariq.
Setelah Cikgu Bazli menerangkan apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu dihafal, dia meminta diri ke kelas yang perlu dia hadiri.
"Baiklah. Kamu berdua berlatih apa yang saya cakap tadi tu."
"Hmm yang lain, boleh masuk kelas sekarang jugak! " Jerit Cik Bazli nyaring.Semua murid yang berada di dalam Dewan Lestari iaitu dewan untuk pemestasan , berlalu keluar. Sempat Syatilla dan Wahid mengejek Aira dan Zariq.
Setelah semuanya keluar, Aira duduk di tengah-tengah pentas.
Zariq pula memandang pelik.
"Kau pahal ? Cepatlah bangun! Berlatih! " Arah Zariq.
Aira merengus sambil menongkat dagu.
" Taknaklah. Yang kau memandai panggil aku pahal ? "
"Aku tahu kau boleh bawak watak ni. Tolonglah. Pementasan hari Isnin depan tau!" Kata Zariq sambil mengambil skrip dan dihulur ke arah Aira.
Aira hanya membuat muka. Lantas merampas skrip dari tangan Zariq.
Aira bangun lalu menghadap Zariq.
" Aku tak tahulah apa masalah kau. Tapi satu je aku nak cakap. Kita berlatih sendiri-sendiri. Settle. " Kata Aira sambil merenung tajam ke arah Zariq.
Badan dipaling untuk ke luar dari dewan.
"Kau boleh rendahkan sikit tak ego kau tu ?! Kau ingat aku suka la nak berlatih dengan kau ? Eh pergi terjun gaunglah! Ego tak bertempat! " Zariq mendengus dan berlalu ke luar . Sengaja bahu Aira dilanggar kasar.
Aira hanya merenung langkah Zariq. Apa kau buat Aira ?
~~~~~~~~~~~
Aira termenung di balkoni biliknya. Pemandangan di langit amat menenangkan. Seketika dia terfikirkan Zariq.
"Apa kau buat hah Aira ? Bodoh betul. " kata Aira kepada diri sendiri.
Sudah 4 hari berlalu. Dia dan Zariq tak bertegur sapa. Berlatih ? Memang berlatih tapi masing-masing dingin. Bukan Aira taknak minta maaf, tapi rasa ego menggunung. Huh.
Hujung tudung yang berterbangan dek angin , dipegang. Seketika, terlihat sebuah kereta memasuki perkarangan halaman banglo.
Aira pelik. Sebelum ni takde pula nampak kereta ni. Takkan baru beli ?
Aira segera menapak keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.
Kelihatan Puan Nasuha dan Datuk Farid sedang bersalaman dengan seorang wanita dan seorang lelaki. Umur wanita iti hampir mencecah 40-an manakala lelaki itu mungkin 50-an.
2 lagi manusia masuk ke ruang tamu. Seorang perempuan remaja dan seorang lelaki yang agak dewasa. Mungkin anak kepada wanita dan lelaki tadi.
" Eh Aira! Mari sini. " Panggil Datuk Farid.
Aira segera bersalaman dengan wanita itu dan duduk di sebelah Puan Nasuha.
"Aira, ni abang kepada arwah mama Zura, panggil Paklong Zuki dan ni Maklong Sarah. Ni kira sepupu tiri kamu, Ryana dan Rayyan. Diorang semua dari London. " Terang Datuk Farid tanpa perlu Aira soal.
Aira hanya mengangguk dan tersenyum ramah.
"Oo. Ini anak Nasuha la ya ? Cantik. Hah ni sebaya dengan Ryana la ya ? " kata Paklong Zuki.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hati Si Dingin.
RomanceAira Aryana dan Zariq Raiqal. Mereka ditakdirkan menjadi adik- beradik tiri. Dua-dua kepala batu. Dua-dua sama dingin. Gaduh? Gaduh yang boleh membuatkan kedua-duanya bertumbuk. Tetapi kadang-kala kedua-duanya juga sama-sama ingin membantu. Ingin me...