Aira melihat Ryana dan Zariq yang daripada tadi sibuk selfie. Dari muka Zariq jelas dia terpaksa. Aira hanya mampu menahan ketawa.
Kedudukan ruang tamu dan halaman tengah luar rumah yang sedikit dekat membolehkan Aira mendengar riuh mereka.
Ibu bapa mereka pula sudah keluar mencari barang dari petang tadi. Katanya nak balik lepas isyak nanti.
"Hai Aira! Dah sihat ? " Sapa Rayyan. Laju dia melabuhkan duduk bersebelahan dengan Aira.
Aira hanya tersenyum nipis. Dia menjauhkan sedikit kedudukan mereka.
" Alhamdulillah sihat. "
"Hmm Aira ada nombor telefon ? Twitter ? Insta ? " Tanya Rayyan laju.
" Hmm ada Insta . Nombor phone limited . " Usik Aira. Tetapi lebih kepada ' boleh blah '.
Rayyan hanya ketawa geli hati.
" Aira ni. Boleh lah. Meh nombor phone and your ig please. " Rayu Rayyan. Tapak tangan ditekapkan keduanya.
Aira yang tidak sampai hati plus menyampah terus mengeluarkan telefonnya.
" Tak ingat nombor ke ? " Tanya Rayyan pelik.
Aira hanya tersengih sambil menggaru kepala. Manakala Rayyan sudah menggelengkan kepala sambil tersenyum. Aira tersangat comel bagi Rayyan.
Zariq yang tiba-tiba muncul pantas duduk berhadapan Aira. Terus dia memberitahu nombor telefon Aira kepada Rayyan. Ryana pula sudah menghilang.
Aira ternganga.
' Macam mana Zariq boleh hafal nombor aku sedangkan aku sendiri pun lupa ? '
"Woww.. Hafal nampak. " Usik Rayyan. Segera dia menambah nombor Aira ke dalam kenalan.
" Aku yang tolong papa aku belikan phone dengan nombor dia sekali. Mestilah aku ingat. "
Kenyataan yang baru Zariq cakap ternyata membuatkan Aira terkesima. Patutlah Zariq tahu nombor dia.
Rayyan hanya mengangguk.
Ryana yang baru turun dari bilik terus ke dapur. Sebelum itu sempat dia mengenyitkan matanya ke arah Zariq. Zariq hanya membuat muka menyampah.
Aira bangun dari posisinya dan terus ke dapur. Kelihatan Ryana sedang minum air di kaunter dapur.
" Hai Aira! " Sapa Ryana mesra.
Aira hanya tersenyum dan mengambil sebiji gelas. Segera dia menuang air mineral.
" Aira sebelum ni duduk mana eh ? " Tanya Ryana tiba-tiba.
Aira memalingkan muka ke arah Ryana.
" Johor. " Aira menjawab sepatah.
Ryana mengangguk kecil.
" Macam mana Pakngah boleh jumpa MakCik Nas ? Ibu Aira tu baik sangat. Cantik pula tu. Macam Aira juga lah. " Kata Ryana beserta pujian.
" Diorang kenal dah lama. Ibu kata masa diorang sekolah menengah. Arwah mummy dan papa selalu jugak melawat kami kat kampung selepas arwah ayah saya meninggal. Bila arwah mummy meninggal pulak, ibu cakap arwah tinggalkan pesan. Tak tahulah pesan apa pulak. " Aira menceritakan kepada Ryana. Rasa tak kekok bercerita dengan Ryana ni.
Ryana hanya mendengar dengan teliti.
"Arwah Makngah memang baik. Yang paling rapat dengan arwah, Zariqlah. Selepas arwah meninggal, Zariq memang berubah. Tapi saya tetap berusaha nak gembirakan dia balik. Tapi dia tu susah betul. "

ANDA SEDANG MEMBACA
Hati Si Dingin.
RomantizmAira Aryana dan Zariq Raiqal. Mereka ditakdirkan menjadi adik- beradik tiri. Dua-dua kepala batu. Dua-dua sama dingin. Gaduh? Gaduh yang boleh membuatkan kedua-duanya bertumbuk. Tetapi kadang-kala kedua-duanya juga sama-sama ingin membantu. Ingin me...