"Ayah! Jangan pukul ibu ayah! Ayah!!"
Hanya mampu marayu. Ibu yang kesakitan dipandang sayu. Ayah yang kejam memukul ibu dengan tali pinggang dipandang penuh dendam.
Segera Aira mengambil pasu kecil di tepi pintu lalu dengan segala kudrat, dipukul kepala Ayah.
Ayah rebah. Ibu yang terbaring lemah dipandang sayu. Darah. Darah mengalir dari celah kangkang ibunya. Ya Allah! Ibu mengandung!
Segera Aira menelefon Maksu. Air mata merembes keluar.
Ibu dirawat. Khabar menyedihkan. Ibu telah gugur. Tetapi senyuman ibu kelihatan pahit di bibir.
Ayah pula di wad. Tidak ingin sekali dilawati.
Seminggu berlalu, Ayah menghidap penyakit barah otak. Lalu meninggal.
Aira menangis. Dikumpul segala semangat. Ayah yang kejam itu patut dibenci. Patut dilupakan.
Manusia yang telah menyakiti ibunya. Manusia yang membunuh adiknya. Manusia yang telah membunuh jiwa Aira Aryana!
Aira tersedar. Kenangan lalu. Datang dalam mimpi. Perlahan air mata mengalir. Dia tidak akan mengaku itu ayahnya. Walaupun ayah itu sudah pergi sekian lamanya.
Adik yang di dalam kandungan 7 bulan telah pergi. Hancur harapan Aira.
"Ibu, ni adik Aira kan? Seronoknya Aira bu" Aira berusia 8 tahun itu teruja apabila dikhabarkan mengenai kandungan itu mencecah 7 bulan.
Ibu hanya tersenyum melihat Aira yang ketawa.
Kali terakhir Aira ketawa bahagia. Kali terakhir Aira ceria. Kali terakhir dunia melihat Aira yang periang.
*******
Zariq menuruni tangga. Pukul 7 pagi. Sesuai untuk berjoging. Esok pula dah sekolah. Takda masa.
Zariq berpakaian t-shirt lengan pendek rona hijau dan seluar tracksuit. Di halaman rumah, dia memanaskan badan. Kelihatan Aira dan Zahra juga sibuk merenggangkan otot.
"Eh Ariq nak jog jugak ke ?" Soal Zahra.
"Hmm." Hanya itu yang keluar dari mulut Zariq.
"Aira, sombong betul la pakwe ni. Jomlah jog ." Zahra menarik Aira. Aira hanya menurut.
5 minit kemudian, baru Zariq menyusul.
Aira dan Zahra mengelilingi taman tasik itu. Keadaan di situ masih lengang. Tidak ramai pengunjung. Mungkin kerana masih awal pagi.
Zahra berhenti.
"Kenapa kak?" Tanya Aira dan menghampiri Zahra.
"Tu. Ada 2 orang lelaki macam mabuk la. Akak takut." Zahra bersuara ketakutan.
Aira memandang ke arah lelaki tersebut. Memang nampak macam mabuk.
"Takpa kak. Jom je." Tangan Zahra ditarik.
Zahra hanya mengikut. Rasa takut mula menyelubungi dirinya.
Aira hanya tenang. Dipegang tangan Zahra dan berjalan seperti biasa. Sampai di hadapan 2 orang lelaki itu, tiba-tiba jalan dihalang.
Bau arak kuat menusuk.
"Li, dapat 2 ikan lawa la Li. Pergh." kata lelaki memakai baju merah. Mata galak memandang Zahra.
Lelaki yang dipanggil Li tadi hanya tersengih. Geli betul.
Wajah Zahra mula pucat. Aira hanya tenang.
YOU ARE READING
Hati Si Dingin.
RomanceAira Aryana dan Zariq Raiqal. Mereka ditakdirkan menjadi adik- beradik tiri. Dua-dua kepala batu. Dua-dua sama dingin. Gaduh? Gaduh yang boleh membuatkan kedua-duanya bertumbuk. Tetapi kadang-kala kedua-duanya juga sama-sama ingin membantu. Ingin me...