Puan Nasuha menyapa suaminya yang sedang menonton televisyen. Kusyuk betul.
" Abang. " Panggil Puan Nasuha.
"Hmm. " Hanya itu yang Datuk Farid jawab.
Puan Nasuha memuncung.
" Tadi abang kata nak bincang sesuatu. Hah cakaplah. "
Datuk Farid memandang Puan Nasuha. Beberapa ketika baru dia tersenyum.
" Ooh. Pasal tu. Ehem ehem. " Datuk Farid berdehem sebelum memulakan bicaranya.
" Saya nampak Aira dan Zariq macam.. "
" Macam apa ? " Puan Nasuha keliru.
" Abang taknak nanti ada yang pandai-pandai menfitnah diorang. " Datuk Farid berkata perlahan. Takut ' mereka ' terdengar perbualan Datuk Farid.
" Maksud abang ? "
" Diorang tak boleh bersentuhan. Diorang bukah mahram. "
" Saya tahu tu. Jadi kenapa ? " Puan Nasuha mengerutkan dahinya.
Datuk Farid mengambil tangan Puan Nasuha.
" Abang nak.. " Datuk Farid membisikkan sesuatu di telinga Puan Nasuha.
" Tak boleh! " Puan Nasuha menjerit tiba-tiba.
Datuk Farid terkejut.
" Kenapa ? Awak nak ke diorang.. "
" Saya tak rasa Aira setuju bang. Kalau betul abang nak kahwinkan diorang, biar habis belajar dulu. Dan biarlah mereka jatuh cinta dulu. " Kata Puan Nasuha. Dia membangkang.
Datuk Farid mengeluh lemah.
" Abang tak rasa yang Zariq akan berkahwin dengan mana-mana perempuan. Abang yakin. Abang kenal dia macam mana. Dan bila abang tengok Zariq macam rapat dengan Aira, abang pasti Aira boleh jadi isteri Zariq. " Datuk Farid bersuara yakin.
" Jadi sebab tu je ? "
Datuk Farid mengangguk.
" Sabarlah bang. Kita kasi diorang bebas dulu. Nanti diorang dah habis belajar, baru kita fikir ya. " Puan Nasuha memujuk.
~~~~~~~~~~~
Aira terkedu.
' Kahwin ? '
Aira melangkah ke biliknya laju. Niatnya tadi turun ke bawah untuk menjamu Datuk Farid dan Puan Nasuha kek coklatnya. Tetapi sampai di tangga, lain pula yang dia dengar.
Aira duduk di birai katil. Dadanya berdebar.
' Kahwin ? Memang taklah. '
Aira akui sedikit terkejut mendengar rancangan gila Datuk Farid. Kahwin usia muda ni ? Erghh taknak.
Aira segera menahan sabar. Ditarik dan dihela nafasnya sebaik mungkin. Setelah reda, kaki mengorak langkah ke arah pintu.
~~~~~~~~~~~
Aira mengeluarkan kek coklatnya lalu diletakkan di atas kaunter. Dipotong kek itu dengan berhati-hati. Air teh 'o' panas yang sudah siap dibancuh diletakkan di atas dulang yang sudah berisi 4 biji cawan. Perlahan diangkat dulu itu dan dibawa ke meja yang berada di halaman luar rumah. Selepas itu diambil keknya pula.
Puan Nasuha dan Datuk Farid dipanggil untuk menjamu keknya. Mereka terkesima melihat kek coklat yang sederhana besar itu.
" Ibu dengan papa cubalah rasa. " Kata Aira teruja.
" Bila kamu buat ni ? " Tanya Puan Nasuha. Dia duduk di kerusi putih berangkai itu diikuti Datuk Farid.
" Pagi tadi. Terasa nak buat, so Aira buatlah. " Aira mengambil potongan kek dan diletakkan di atas pinggan kecil. Diberi kepada Puan Nasuha dan Datuk Farid.
YOU ARE READING
Hati Si Dingin.
RomanceAira Aryana dan Zariq Raiqal. Mereka ditakdirkan menjadi adik- beradik tiri. Dua-dua kepala batu. Dua-dua sama dingin. Gaduh? Gaduh yang boleh membuatkan kedua-duanya bertumbuk. Tetapi kadang-kala kedua-duanya juga sama-sama ingin membantu. Ingin me...