Bab 2 | Musuh

8.2K 415 6
                                    

"Aira! Dah siap belum ? Ni nanti uncle nak sampai dah." Puan Nasuha menjerit. Memanggil anak daranya seorang.

Aira di dalam bilik hanya mengeluh. Beg pakaian semua sudah siap dikemas. Selepas ini dia dan Puan Nasuha akan menetap bersama Dato' Farid di Kuala Lumpur.Hal perpindahan sekolah juga sudah diselesaikan.

Aira bangun dan berjalan di seluruh rumah kayu itu buat kali terakhir. Kenangan pahit yang ada di rumah itu akan ditinggalkan.

Aira hanya tersenyum. Dia tekad mahu membina kembali hidupnya di Kuala Lumpur nanti. Perangai lama akan ditinggalkan. Dia mahu berubah.

"Ya Allah budak ni. Tadi Aira bukan dalam bilik ke ? Baju semua mana?" Puan Nasuha memandang anaknya. Wajah keruh Aira dapat ditangkap oleh Puan Nasuha.

"Eh ibu. Takdalah. Saja tengok rumah ni untuk kali terakhir." Aira tersenyum pahit.

"Aira, biarlah kenangan pahit tu kat sini. Kita akan lupakan memori tu ya sayang." Puan Nasuha tersenyum. Mata sudah berkaca.

Aira membalas senyuman itu bersama air mata. Sungguh memori itu paling dia benci. Memori yang hampir meragut nyawa ibunya. Yang sudah meragut nyawa adiknya dahulu.

Sebuah kereta mewah berhenti di depan rumah kayunya. Nampak seperti kereta Dato' Farid.

"Hah tu pemandu uncle dah sampai. Aira pergilah amik beg semua." Kata Puan Nasuha.

"Baik ibu." Aira segera masuk ke rumah

*******

Aira memandang keluar tingkap. Terdapat sebuah rumah banglo tiga tingkat di depan matanya.

"Ni rumah Dato' Farid ke Pak Leman ?" Tanya Aira kepada pemandu Datuk Farid.

"Ya cik Aira." Pemandu tersebut atau Pak Leman hanya mengangguk. Mereka keluar dari kereta.

"Ish Pak Leman ni. Kan Aira dah cakap jangan panggil cik bagai." Aira berkata. Sungguh dia rasa kekok.

"Maaflah. Pak Leman ni kan pemandu je. Aira tu tak lama lagi nak jadi anak Dato' juga." Pak Leman merendah diri.

Sungguh gadis di depannya ini baik hatinya. Walaupun sesekali agak dingin. dan tak banyak cakap.

"Tapi Aira tetap kena hormat Pak Leman." Aira membantah.

"Yalah. Mari Pak Leman angkatkan beg baju kamu." Pak Leman segera ke bonet kereta untuk mengeluarkan beg-beg pakaian. "Puan dan Aira jemput la masuk." Kata Pak Leman.

Aira dan Puan Nasuha hanya mengangguk.

Mereka berjalan ke arah pintu utama. Seorang wanita yang agak berumur berdiri dihadapan pintu utama.

"Eh Puan Nasuha ya ? Dan ini anaknya Aira kan ? Hah jemput la masuk." Pembantu rumah itu menjemput masuk sambil tersenyum manis.

"Terima kasih, puan." Kata Puan Nasuha sambil membalas senyuman dengan ramah . Aira hanya diam.

"Panggil saja Mak Leha. Saya panggilkan Dato' kejap ya." kata Mak Leha itu dengan ramah.

Mereka duduk di sofa yang mahal di ruang tamu itu. Kelihatan rumah banglo tersebut sudah siap segala persiapan untuk majlis pernikahan ibunya dan Dato' Farid. Di luar halaman rumah juga sudah dipasang beberapa khemah dan meja. Bahagian dalam kelihatan mewah dengan perabot yang semestinya ditempah dari luar negara.

"Eh Nas! Aira! Jemput masuk. Mak Leha tolong buatkan air ya." Dato' Farid menuruni tangga. Dia tersenyum melihat Puan Nasuha dan Aira.

Mak Leha sudah berlalu ke dapur.

Dato' Farid dan Puan Nasuha rancak bersembang manakala Aira hanya diam. Tidak mahu menyampuk perbualan orang lebih tua.

"Datuk, pukul berapa majlis akad nikah esok?" Tanya Aira ramah. Cuba menjaga hati.

"Dalam pukul sepuluh pagi InSyaa Allah. Lepas Zohor pula ada makan-makan sikit. Ni semua dah siap. Petang ni InSyaa Allah anak papa, kak Zahra balik." Terang Datuk Farid .

Aira kekok. Papa? Erk.

"Ohh. Zahra pun ada?" Puan Nasuha bertanya.

"Ada. Nanti esok cuma kita dan orang masjid je. Kenalan saya sikit. Buat kecil-kecil je macam permintaan Nas. Belah Nas siapa datang ?" Tanya Datuk Farid.

"Ooh. Belah Nas cuma adik Nas la. Si Nora. Dia dengan suami dan anak-anak dia je."

"Ooh. " Seketika Datuk Farid memandang Aira. "Aira penat ya? Nanti Mak Leha tunjukkan bilik."

" Tak lah, Datuk. Saya okay saja." Bibir dipaksa senyum. Cuba berlagak yang dia tidak letih. Padahal satu badan sudah lenguh.

"Papa tahu kamu dah letih. Tengok muka pun tahu. Mak Leha! Tunjukkan bilik mereka ya." Panggil Datuk Farid.

Mak Leha berjalan ke ruang tamu, hanya tersenyum dan cuba mengangkat beg-beg pakaian. Tetapi Aira menegah. Terus sahaja dia mengangkat beg kepunyaan dia serta ibunya.

********

Kedengaran beberapa orang sedang berbual di ruang tamu. Aira segera turun mencari Puan Nasuha setelah solat maghrib.

Sebaik sahaja turun, mata Aira melihat Datuk Farid sedang berbual dengan seorang wanita, pangkat kakak bagi Aira. Puan Nasuha pula turut berbual mesra dengan wanita tersebut.

"Eh ni ke Aira, ibu? Wah cantiknya." Wanita tersebut bangun lalu menghampiri Aira. Tubuh Aira dipeluk kejap.

Aira hanya kaku. Pelik dengan kelakuan wanita itu.

'Pahal dia ni?' Kata Aira dalam hati.

"Hmm dapat juga akak adik perempuan. Ada adik lelaki pun macam tunggul je." kata perempuan itu.

Tubuh Aira dilepaskan. Dibawa Aira ke sofa.

"Aira jangan terkejut. Ni kakak Aira, Zahra. Kerja jauh nun di Mesir sana. Lagi seorang anak papa, Zariq. Sama baya dengan Aira." Terang Datuk Farid.

Aira hanya mengangguk faham. Tapi pelik. Zariq ? Sepanjang perkenalan dengan Datuk Farid, takde pula dengar nama anak lelakinya.

Mereka terus berbual, sementara Aira hanya termenung.

*******

Aira terbangun. Jam dibelek. Pukul 2 pagi. Segera Aira bangun untuk turun ke bawah. Tekaknya terasa kering. Tudung sarung dicapai dan dipakai.

Aira menuruni tangga. Kelihatan seseorang sedang duduk di sofa. Dari susuk tubuh lelaki itu, Aira tahu itu bukan Datuk Farid.

Aira segera menuju ke dapur. Malas mahu menegur atau mengambil peduli tentang lelaki yang duduk di sofa itu.

Peti ais dibuka. Diambil satu botol air sejuk dan dituang ke dalam cawan. Lalu diteguk rakus.

"Kau siapa ?" Satu suara menegur.

Aira tersedak. Perit tekaknya. Segera mata dialih memandang tubuh yang sedang bersandar di pintu dapur.

Seorang lelaki. Rambut sedikit perang. Mata hazel terang. Tajam memandang Aira.

"Kau tak tahu tegur elok-elok ?Huh." Aira merengus. Langsung tidak gentar dengan lelaki yang tidak dikenali itu. Kaki melangkah menuju ke singki. Cawan dibasuh.

"Aku tanya elok-elok. Kau ni siapa ?" Tanya lagi lelaki itu.

"Perlu ke kau tahu ? Kau pulak siapa ?" Tanya Aira kembali tanpa memandang ke arah lelaki itu.
Aira segera menyimpan botol air ke dalam peti ais.

"Kau pencuri. Kan?" Tuduh lelaki itu.

Aira memandang tajam wajah lelaki itu.

"Kau pahal? Aku anak Puan Nasuha. Kau tu yang penyamun. Tiba-tiba je." Aira segera keluar dari dapur. Malas melayan lelaki gila itu.

"Sedap gila mulut kau. Aku anak Datuk Farid. "

Aira berhenti.

'Jadi dialah Zariq? Muka boleh tahan. Tapi otak separuh. Huh' kata Aira dalam hati.

"Okay." Aira menjawab sepatah lalu melangkah ke atas.

Zariq hanya merengus.

Hati Si Dingin.Where stories live. Discover now