Bab 3 | Perkahwinan

7.2K 413 9
                                    

Kedengaran azan Subuh berkumandang dari masjid berdekatan. Aira segera bangun lalu mengejutkan Puan Nasuha.

Setelah bersiap, Aira dan Puan Nasuha melangkah ke arah surau mini di tingkat satu.

Kelihatan Datuk Farid, Mak Leha, Pak Leman, Zahra dan.. Zariq. Aira memandang sekilas wajah semua orang dan terhenti di muka Zariq.

Zariq hanya memandang sekilas lalu menghadap telefonnya.

Aira hanya membuat muka kosong.

"Ha semua dah ada ya? Marilah kita solat. Zariq, imamkan solat ya." Arah Datuk Farid.

Zariq terus melangkah ke depan.

*******

Aira melihat Puan Nasuha dan Maksunya yang baru sahaja tiba berborak rancak. Sepupunya, Nina hanya menghadap telefon.

Aira segera menyalam Maksu Nora dan Paksu.

"Maksu dah lama ke sampai ?" Tanya Aira.

"Pukul 8 pagi tadi. Baru je. Aira tadi pergi mana ?" Tanya Maksu Nora pelik.

"Ooh. Aira tadi kat dapur pastu naik atas sekejap." Aira hanya tersenyum kosong. Palsu.

"Hah kejap lagi ni bolehlah masak. Majlisnya lepas zohor." Kata Datuk Farid.

"Ha yalah. Mari lah kita masak ya."

Kaum hawa sibuk memasak pelbagai hidangan. Cuma kuantitinya sahaja sederhana. Yala, cuma beberapa kenalan Datuk Farid, jiran tetangga dan orang Masjid.

Aira sibuk memotong sayur-sayur hiasan. Nina yang baru muncul dipandang sekilas.

"Ma, Nina lapar la." kata Nina gedik.

"Kamu ni. Baru pukul 9 pagi. Tadi suruh sarapan taknak. Ni pergilah tolong Aira tu. Haish." Maksu Nora menjeling anaknya.

Nina menarik muncung lalu menghampiri Aira. Kerusi di hadapan ditarik lalu duduk menghadap Aira.

"Kau kenapa duk perhati aku ? Tak reti buat kerja ke ?" Kata Aira kasar.

"Ala kau ni. Orang tengok pun tak boleh. Huh." Nina berpaling.

"Kau nak sentap-sentap pergi masuk bilik sana." kata Aira lagi. Sengaja.

Nina terus bangun menuju ke bilik. Di pintu dapur dia berhenti. Aira menjenguk.

Patutlah. Zariq baru nak masuk dapur. Mula la tu perangai gedik dia datang.

Nina tersenyum melihat Zariq yang kacak dengan t-shirt lengan panjang tanpa kolar dan seluar tracksuit. Zariq pula hanya berlalu tanpa memandang Nina yang tersengih macam kerang busuk.

Aira ketawa dalam hati.

"Padan muka" kata Aira perlahan. Lebih kepada berbisik.

"Kau tak payah nak padan muka sangat." Satu suara berbisik pada telinga Aira.

Aira terkejut. Dia menoleh kebelakang. Zariq yang hanya membuat muka kosong berlalu ke arah peti ais.

'Berani betul dia berdiri dekat dengan aku ?!' Bengang Aira dalam hati.

Zariq meneguk air mineral. Dibalas pandangan Aira dengan pandangan tajam. Aira melawan dan akhirnya Aira KO. Segera dialihkan pandangan. Kalah melawan mata hazel terang itu.

Zariq tersenyum sinis.

Aira menjeling.

########

Selesai akad nikah. Aira mengelap air mata ibunya.

"Ibu jangan nangis. Ibu dah cantik pakai baju kebaya ni semua, nangis pulak. Ish" Pujuk Aira perlahan.

Puan Nasuha hanya tersenyum.

Zahra sibuk menguruskan pinggan mangkuk dan lauk-pauk.

Naufal dan Nabil, abang sepupunya ditugaskan untuk membasuh pinggan. Aira dan Nina pula membahagikan sagu hati kepada tetamu yang hadir.

Zariq yang memakai baju melayu biru pekat hanya memerhati keadaan dari ruang tamu. Sesekali direnung Aira yang berpakaian baju kurung dan tudung bawal. Entah kenapa mata suka memandang ke arah Aira yang nampak manis luarannya. Namun hakikatnya, Aira memang seorang yang kasar.

Nina yang menghampirinya dipandang kosong. Dari tadi si gedik itu mahu mendekatinya.

"Hai Zariq. Awak dah makan ? Jom makan dengan saya nak ?" Nina mengajak Zariq sambil duduk di sebelahnya.

Zariq hanya membuat muka. Menyampah dengan Nina.

"Jomlah." Tangan Zariq cuba dicapai.

Zariq menepis sambil merengus.

'Semak betullah perempuan ni' kata Zariq dalam hati.

"Nina! Tu mama kau panggil. Tak payah bawak virus gedik kau tu. Kang kena penyepak free." Aira yang kebetulan lalu di ruang tamu itu cuba menyelamatkan Zariq. Menyelamatkan ? Erk.

Nina merengus lalu bangun dari sofa. Sempat dijelingnya Aira.

Zariq hanya membuat muka kosong. Aira juga berlalu ke dapur.

"Sombong gila. Huh apa nasib dapat sibling sebaya tiri macam tu. Huh" kata Aira selamba.

Tiba-tiba Zariq muncul. Ditangan ada sekeping sticky note. Lalu ditampalnya pada dahi Aira. Zariq berlalu.

Aira terkejut. Zariq dipandang tidak puas hati. Sedap dia je main tampal kat dahi. Lalu sticky note itu diambil dan dibaca.

Thanks - Penyamun

Aira mengerutkan dahinya. Penyamun? Okay kelakar. Thanks? Untuk tadi ? Ups. Haraplah Zariq tak dengar apa yang dikutuk Aira tadi.

*******
Aira termenung ni balkoni.

Sekarang biliknya sudah dipindahkan ke tingkat 3. Manakala ibunya sudah sebilik dengan Datuk Farid di tingkat 2.

Sebenarnya, dia bantah juga. Yela, tingkat 3. Penat kut nak naik-turun. Mahunya jadi semput! Lagi satu sebab biliknya sama tingkat dengan Zariq! Bilik Zariq hanya depan pintu dia saja. Huh.

Aira memandang suasana Kuala Lumpur. Dia menundukkan kepala memandang ke arah bawah. Kelihatan Zariq sedang duduk di kerusi rehat. dan sedang... menangis?

Aira terkejut. Kenapa agaknya Zariq menangis ? Aira ingin mengetahui sebabnya. Tetapi otak menegah. Buat apa nak sibuk pasal dia ? Biarlah.

Tiba-tiba Zariq memandang ke atas. Bertembung pandang dengan Aira. Pandangan Zariq redup. Seperti ada masalah. Cepat-cepat Aira masuk ke dalam sambil berlagak tenang. Dia pelik. Kenapa Zariq nampak begitu sedih ?

Hati Si Dingin.Where stories live. Discover now