Aira menggerakkan kakinya yang berada di dalam kolam. Air terpecik apabila Aira menghayunkan kakinya kuat.
Tiba-tiba seseorang duduk di sebelahnya.
" Kau nak apa ? " Tanya Aira selamba. Tak payah tengok muka pun dah tahu siapa.
Zariq hanya mendiamkan diri. Perlahan-lahan kakinya direndam ke dalam air kolam.
Sunyi.
Aira mengeluh. Hal semalam bermain di kotak mindanya. Tentang Datuk Farid mahu menjodohkannya dengan Zariq.
" Dia ingat ni drama melayu ke ? Kahwin paksa bagai. Erghh " Aira membisik perlahan. Tanpa sedar, yang disebelahnya juga mendengar ayat yang terbit darinya.
" Kahwin ? Siapa ? " Tanya Zariq tanpa memandang Aira. Dia mendongak ke atas. Memandang bintang.
Aira tersentak. Muka dipalingkan memandang Zariq.
" Err.. " Aira panik. Apa nak goreng ni ?
Zariq masih lagi diam. Menunggu bicara Aira.
Aira menarik dan menghela nafas perlahan. Dia perlu beritahu Zariq!
" Okay. Macam ni. Semalam, aku dengar papa bincang dengan ibu pasal... " Aira berhenti seketika. Perlu ke bagitahu ?
" Kau ni aduh. Bencilah aku. Cakaplah betul-betul. " Zariq mendengus. Rambutnya yang sedikit perang diraup kasar.
Aira memutarkan bola matanya.
" Pasal kita. " Aira menjawab pantas dan ringkas.
Zariq mengerutkan dahinya. Pelik.
" Maksud ? "
" Kita kahwin. " Aira menjawab seperti tadi. Air kolam dimain-main.
" Kahwin ? " Zariq membeliakkan matanya.
" Kahwin lepas belajar. "
" Belajar ?! "
" SPM. "
Jawapan Aira kali ini menyentak tangkai hati Zariq. Serta-merta dia bangun.
Aira terkejut melihat Zariq.
" Nak pergi mana ?! " Tanya Aira separa menjerit.
Dan Zariq tidak menjawab. Terus dia masuk ke dalam rumah.
Aira memukul lantai tepi kolam sehingga sisa air kolam yang berada di lantai itu terpercik mengenai wajah masam Aira.
Aira mahu menjerit. Tetapi dia tahan. Gigi diketap tanda geram pada air kolam itu !
~~~~~~~~~~
Zariq membasahkan mukanya. Paip air sinki ditutup. Entah kenapa kata Aira tadi mendebarkan hatinya.
' Kahwin ? Biar betul papa ni ? ' Zariq bermonolog dalaman.
Tapi dia yakin bahawa Aira tidak akan menyetujuinya. Kahwin dengan adik beradik tiri? Mana mungkin.
Zariq merebahkan tubuhnya. Hatinya ego mahu menyatakan perasaan sendiri. Dia tetap menafikan rasa hatinya. Memang betul si Zariq ni raja kepala batu !
Zariq menjerit kuat. Rambutnya diraup kasar berkali-kali. Stress!!!
~~~~~~~~~~~
Aira termenung memikirkan rancangannya. Kepalanya sarat. Dia taknak kahwin!
Bam!
YOU ARE READING
Hati Si Dingin.
RomansaAira Aryana dan Zariq Raiqal. Mereka ditakdirkan menjadi adik- beradik tiri. Dua-dua kepala batu. Dua-dua sama dingin. Gaduh? Gaduh yang boleh membuatkan kedua-duanya bertumbuk. Tetapi kadang-kala kedua-duanya juga sama-sama ingin membantu. Ingin me...