Bab 35 | Jodoh(END)

7.5K 315 19
                                    

Aira mendaki tangga untuk ke bilik. Sampai di hadapan bilik Zariq, dia mengeluh lemah. Teringat kata-kata Zahra tadi,

" Aira sekarang duduk bilik Zariq. Barang-barang Aira dah dipindahkan semuanya ke bilik Zariq. "

Aira menolak perlahan pintu bilik itu. Mata melihat sekeliling bilik. Masih seperti dulu cuma diubah sedikit katilnya.

Aira menapak masuk. Pintu ditutup rapat. Zariq masih di bawah menolong kaum adam mengemas. Aira tergelak sendiri apabila teringat kata Paklong Zuki dan Paksu Helmi. Katanya pengantin lelaki mesti membasuh periuk di belakang. Semua periuk ! Haha padan muka !

Aira duduk di birai katil. Terasa lemah badannya seharian memakai jubah pengantin serta tudung melilit. Pening !

Tiba-tiba pintu terkuak perlahan. Kelibat Zariq menarik perhatian Aira.

Zariq memandang tajam. Perlahan-lahan dia menghampiri Aira. Aira pula kaku. Dia bangun perlahan dan berlalu ke almari tempat pakaiannya. Dada seakan mahu pecah menahan debar.

Sebaik sahaja melintas di hadapan Zariq, terasa tangannya ditarik lembut. Aira terus memandang wajah Zariq.

" Hai. " Suara Zariq kedengaran lemah. Bibirnya cuba tersenyum. Penat memang penat. Terasa badan letih semacam.

Aira memegang pipi Zariq. Rindu di dada tidak dapat ditahan. Terus tubuh sasa Zariq dipeluk. Walaupun berpeluh, tapi tetap wangi. Bau maskulin.

" Hey. Kenapa ni? " Tanya Zariq terkejut apabila bahunya terasa basah. Aira menangis?

Aira terus memeluk. Airmatanya dibiarkan mengalir. Terasa tangan Zariq mengusap belakangnya.

" Aira, kenapa ni? " Zariq melonggarkan sedikit pelukan untuk melihat wajah Aira. Diseka airmata Aira perlahan.

" Aku benci kau, Zariq. " Kata Aira sebak.

Zariq mengerutkan dahinya. " Asal pulak? "

" Kau teruk! " Aira menumbuk dada Zariq kuat. Mengaduh Zariq jadinya.

" Sakitlah. Okay sorry la. Takkan tak dapat lupakan hal dulu? "

" Ingat senang ? Kau tu teruk tahu tak. Main tinggalkan aku macam tu je. Lepastu dalam surat pun langsung takde nak mention nama aku. Buat aku rasa bersalah je. " Aira mencebikkan bibirnya.

Zariq ketawa melihat Aira. Dipeluk semula tubuh Aira dan ubun-ubun Aira dicium lembut. "Maafkan aku. Tak sengaja. Aku dah tak tahu nak buat apa. Otak dah tak boleh berfikir. Bila aku dapat je surat tawaran tu, terus aku terima. "

" Tak fikir pun perasaan aku kan. " Aira menyandarkan tepi kepalanya di dada bidang Zariq. Jelas kedengaran jantung Zariq berdegup laju. Tersenyum Aira.

" Eleh. Aku dah cakap dah yang aku sayangkan kau. Tapi kau tu yang ego tinggi. Pendamlah lagi! " Zariq mencubit pipi Aira geram.

Aira menepis. Muka dimasamkan. Terdiam mereka berdua sebentar.

Tuk! Tuk! Tuk!
Pintu diketuk kuat. Kedengaran suara Zahra memanggil Zariq.

" Riq! Cepat sikit! Wahid dah nak gerak dah tu! " Zahra memekik.

" Ya! Ya! " Sahut Zariq. Dia segera melonggarkan pelukannya.

Aira tidak faham. Zariq mahu ke mana ?

" Riq nak pergi mana ? " Aira bertanya.

Zariq membuka butang bajunya. " Aku kena pergi rumah Wahid lah. Esokkan majlis persandingan. " Baju melayu sudah dibuka kemudian tshirt juga dibuka.

Aira segera memalingkan wajahnya. Malu woi nak tengok badan tegap Zariq. Berbeza dengan dulu. Dada berdegup kencang.

Hati Si Dingin.Where stories live. Discover now