Bab 19 | Jatuh

6K 339 2
                                    

Mata melawan anak mata hazel milik Zariq. Ditenung dengan tajam. Tangan mengenggam buku lima menandakan yang dia geram. Dendam masih belum selesai.

" Takkan pasal tu pun nak marah ?! " Zariq menjerit. Rambut diraup ke belakang. Habis warna putih.

" Eh eh eh kau! Kau tahu tak yang aku malu ? Dahlah budak sekolah kita pun ada yang tengok! Kang datang sekolah mesti bergosip! " Aira meluahkan rasa marah itu. Paket tepung yang sudah terbuka ditangan dipegang erat.

" Please Aira. Don't be so childish. Throw that flour now! " Zariq menjerit geram.

Dia tahu, dia lari mana pun, si Aira mesti akan kejar dia dengan tepung tu. Dahlah kat pantai. Semua tengok. Malu duh.

Aira tersenyum sinis.

" Okay. Aku buang... " Aira mendekati Zariq perlahan-lahan.
" Tapi kat atas kepala kau! "

Lebihan tepung dibaling ke atas kepala Zariq. Selepas itu Aira berlari jauh sambil ketawa.

Zariq tergamam. Rahang diketap-ketap.

" Aira Aryana! " Zariq menjerit memanggil Aira yang makin menjauh.

Aira berjalan laju ke arah hotel. Dia sudah berada di seberang jalan kecil antara hotel dan kawasan pantai.

Zariq juga berjalan laju mengejar Aira. Sampai dia mahu menyeberang jalan, tidak semena-mena kakinya tersadung ditepi jalan itu dan..

Pap!

Zariq jatuh . Tetapi hanya tangan dan lutut yang jatuh.

' Nasib tak tersungkur. '

Zariq mengaduh sakit. Dia duduk sekejap di atas jalan tar itu. Tapak tangannya berasa pedih. Lutut pula terasa sengal.

Tapak tangan dilihat. Berdarah sedikit.

' Erghh shit! '

" Zariq! " Suara Aira kedengaran.

Segera Aira menerpa ke arah Zariq yang sudah terduduk.

" Riq! Okay tak ni ? " Aira menarik tangan Zariq. Dilihat tapak tangan Zariq berdarah. Tiba-tiba rasa bersalah.

Zariq yang diam. Rasa pedih mencucuk tapak tangannya.

" Riq, jom naik. Aku ubatkan kau. " Aira menarik lengan Zariq supaya bangun. Zariq yang menurut.

' Kenapa pula aku menggelabah ni ? Haish. ' Aira sempat bermonolog dalam hati. Entah kenapa. Hati risau semacam.

~~~~~~~~~~

Zariq mencari kelibat Aira di kawasan pantai dalam keadaan pantai yang gelap. Maklumlah dah malam.

Kata ibunya, Aira sedang melepak di kawasan menempatkan kerusi-kerusi rehat di pantai.

Kaki melangkah ke arah satu kerusi yang agak jauh. Aira yang sedang leka disergah.

" Makkk!! " Aira menjerit. Kaki yang melunjur di kerusi tadi sudah mencecah pasir pantai.

Zariq menahan senyum. Kerusi di sebelah Aira diduduk.

Aira mengurut lembut dadanya. Dijeling Zariq disebelah.

" Aku lempang kau kang apa tak dapat. " Aira berkata kasar. Kaki naik melunjur seperti tadi.

Zariq hanya memandang ke arah langit. Bila dekat dengan Aira seperti ini, mulalah perasaan yang satu itu datang ke lubuk hati. Berdebar.

Hati Si Dingin.Where stories live. Discover now