Bab 23 | Noktah

5.4K 313 7
                                    

Keadaan Datuk Farid masih lagi lemah. Sudah 1 minggu dia terlantar di katil hospital. Tetapi Alhamdulillah dia sedar sepenuhnya.

"Zariq, lagi 2 hari Riq nak SPM kan ? Dengar cakap papa. Pergi balik. Belajar, pergi sekolah. Tolong.. " Rayu Datuk Farid.

" Tapi keadaan papa.. "

" Papa okay. Zariq masih lagi boleh melawat papa. Dah kamu pergi balik. Belajar elok-elok. " Arah Datuk Farid lagi.

Zariq mengeluh lemah. Berat hatinya mahu meninggalkan papanya.

" Zariq, kamu pergilah balik. Dah seminggu kamu kat sini. Pergilah balik, berehat. Ibu boleh teman papa. " Pujuk Puan Nasuha pula.

Aira di sofa hanya memerhati. Takut mahu masuk campur. Masih risau dengan Zariq.

Setelah banyak kali memujuk, Zariq akhirnya akur.

" Balik dengan Aira ya. Esok datang sini dengan Aira. " Puan Nasuha berkata.

Zariq hanya membuat tak tahu. Dia terus keluar dari bilik wad tanpa memandang ke arah Aira.

" Aira. " Panggil Datuk Farid lemah.

Aira pantas ke katil Datuk Farid.

" Ya pa ? "

" Kamu jaga Ariq betul-betul. Suruh dia study. Papa tahu yang dia dah luahkan kan ? "

Kata-kata Datuk Farid membuatkan Aira terdiam.

" Papa tahu Aira. Jangan nak sorok. Zariq tu, papa kenal dah lama. Papa cuma minta jaga dia. Jangan bagi dia sedih. " Datuk Farid tersenyum.

Aira hanya tersenyum sambil mengangguk. Tangan Datuk Farid disalam sebelum keluar dari bilik sakit itu.

Kaki mengejar bayang Zariq yang sudah menjauh. Apabila melihat tubuh Zariq yang sudah bersandar di pintu kereta, Aira melepaskan nafas lega. Segera dihampiri Zariq.

Melihat Aira yang sudah mendekat, Zariq terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.

Tersentak. Ya Aira tersentak. Kenapa dengan Zariq ?

Tanpa membuang masa, Aira masuk ke dalam kereta.

Kereta terus bergerak. Zariq sedikit pun tidak memandang Aira.

Mulut Aira tertutup rapat. Masih kekok apabila kejadian 1 minggu lalu menerjah minda.

Sampai di rumah, Zariq terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Aira.

Aira mengeluh perlahan.

' Zariq, aku minta maaf. '

******

Aira pandang ke arah pintu di depannya. Dia tenung lama.

' Nak ketuk ke tak ? '

' Ketuk ke tak ? '

' Ke tak ? '

' Tak ? '

Aira menekup wajahnya. Dia merengus perlahan.

' Arghh ketuk jelah. '

Perlahan pintu bilik Zariq diketuk. Sebenarnya, Mak Leha yang menyuruh Aira untuk memanggil Zariq turun ke bawah. Mahu makan malam. Sedari daripada tengah hari tadi, Zariq asyik terkurung di dalam bilik.

Tuk. Tuk. Tuk.

Aira menunggu balasan dari Zariq. Tapi tiada.

Hati Si Dingin.Where stories live. Discover now