Bab 33 | Ragu

6.2K 346 10
                                    

Sudah 3 minggu berlalu, Aira merenung dulang-dulang hantaran di hadapannya yang separuh siap.

Lagi 4 hari, Aira dan Zariq akan menikah. Gembira ? Bagi Aira, dia sememangnya gembira walaupun dari reaksinya nampak yang dia agak dingin. Huh ego!

Selama 3 minggu, Zahra dan Puan Nasuha sibuk menguruskan semuanya. Malah Mak Leha dan Pak Leman juga sudah turun ke KL untuk menghulurkan pertolongan.

Tapi ada sesuatu yang menggusarkan hatinya. Tentang Kyra. Dan tentang perbualan Zariq di telefon 3 minggu lepas. Aira rasa ragu-ragu.

" Ary! " Sergah Syatilla yang baru sahaja selesai menggubah hantaran.

Aira menjeling tajam. "Kau ni. Sakit jantung aku tahu tak."

Syatilla tersengih. "Kau fikir apa hah ? Berkerut-kerut dahi kau! " Tanya Syatilla sambil tangan menunjal dahi Aira lembut.

" Aku tiba-tiba rasa ragu-ragu nak kahwin lah" Aira menyuarakan luahan hatinya.

Syatilla cepat menepuk bahu Aira kuat.

" Awww.. Kenapa kau ni ?! " Aira menggosok bahunya.

" Kau tulah! Eh lagi 4 hari je tau kau nak kahwin! Jangan buat hal boleh tak ? " Syatilla memarahi Aira. "Sekarang kau pergi bincang elok-elok dengan Zariq. Luahkan apa yang terpendam. Faham ? Dah pergi cepat. " Syatilla menolak tubuh Aira supaya keluar ke halaman rumah.

Aira memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati. Kelihatan terpasang sebuah khemah di halaman itu. Paklong Zuki, Paksu Helmi , Rayyan, Naufal dan Nabil sedang sibuk menyusun kerusi dan meja.

Dengar cerita, semasa akad nikah nanti akan ada kenduri sahaja. Esoknya baru majlis resepsi diadakan di dewan yang sudah ditempah.

Sedang Aira sibuk meneliti suasana di luar itu, tiba-tiba terasa pinggangnya disentuh. Pantas sahaja tangan Aira memegang tangan itu dan dipusingkannya 360 darjah.

" Aduhh!! " Suara mengaduh sakit memyedarkan Aira ke realiti.

Kelihatan tubuh Zariq sudah terlentang di atas lantai mozek.

" Ya Allah! Aira! " Suara Paklong Zuki kedengaran.

Aira menggigit bibir bawahnya dan tersengih.

Semua sudah mengerumuni halaman luar villa.

" Aira! Kenapa kamu ni ?! " Puan Nasuha sudah mencekak pinggang.

Rayyan dan Naufal sudah membantu Zariq bangun.

Zahra, Syatilla, Ryana dan Nina sudah sibuk ketawa melihat aksi selamba Aira.

" Aira tak sengaja bu. " Aira merenung Zariq yang sudah terduduk.

Sakit sangat ke ?

" Aira Aira.. Kamu ni tak pernah berubah. " Maksu Nora menggelengkan kepalanya.

Aira tersengih. " Bukan salah Aira, Maksu. Zariq la yang pandai sangat usik pinggang Aira. Hah memang tangan Aira ni buat 'kerja' la. " Aira membela dirinya. Dilihat Zariq sudah merenungnya tajam.

" Aira ni. Boleh patah tulang si Zariq ni ha. " Maklong Sarah pula masuk campur.

Puan Nasuha dan Maksu Nora sudah masuk ke dalam diikuti Maklong Sarah dan anak-anak dara yang sibuk ketawa.

Zariq sudah didudukkan di bangku batu di tepi pintu masuk.

Aira menghampiri dan duduk di sebelah. Wajah tegang Zariq dipandang.

" Zariq, sakit ke ? " Tanya Aira.

" Tolonglah Aira. Kau tanya macam ' Adakah kucing berbulu? ' " Zariq menjeling Aira. Tangan mengurut bahu dan pinggang.

Hati Si Dingin.Where stories live. Discover now