" Baiklah semua. Kalau takde apa-apa. Semua boleh bersurai ya. " Kata Aira kepada semua staf yang berada di dalam bilik mesyuarat itu.
Bilik mesyuarat itu riuh dengan suara pekerja yang mula beredar.
Aira masih lagi duduk di kerusinya. Beberapa fail disemak dan ditanda tangan. Jam di tangan dilihat. Sudah masuk waktu lunch. Segera Syatilla dihubungi.
" Hello, Till. " Sapa Aira apabila talian bersambung.
" Yaw. Hah kat mana ? " Tanya Syatilla.
" Kat pejabat lagi. Nak makan kat mana ni ? "
" Hmm aku nak makan kat satu restauran ni. Kau ambil akulah boleh ? "
Aira terdengar Syatilla ketawa kecil. Apa yang digelakkan pun Aira tak tahu.
" Hmm okay je. Lagi 15 minit aku sampai. " Aku segera mematikan telefonku dan bangun untuk ke bilik pejabat.
********
Aira memarkir keretanya di hadapan pejabat Berjaya Holdings. Syarikat itu ialah kepunyaan keluarga Syatilla. Abang Syatilla adalah CEO syarikat itu manakala Syatilla adalah arkitek.
Sedikit sebanyak, Aira kagum dengan keluarga Syatilla yang ada kesepakatan. Abang Syatilla dan Syatilla sama-sama mahu membangunkan syarikat keluarga mereka.
Sedang Aira mengelamun, tiba-tiba pintu dibuka dan Syatilla masuk ke dalam.
" Dah lama ke sampai ? " Tanya Syatilla. Dia termengah-mengah.
" Takdelah lama. Ni kenapa termengah-mengah ni ? " Tanya Aira sambil tangan melepaskan handbrake.
" Takde pape. Aku lari tadi. Takut kau tunggu lama. " Syatilla tersengih.
Aira menggeleng.
Sampai sahaja di restauran yang Syatilla tunjukkan, mereka turun dari kereta.
Aira memandang Syatilla pelik.
" Kau memang teringin nak makam western ke ? " Tanya Aira sambil menaikkan keningnya.
" Hehehe. Aah weh. Dari semalam lagi. " Jawab Syatilla seperti menyembunyikan sesuatu. Dia kelihatan kelam kabut.
Tetapi Aira hanya buat endah tak endah. Terus sahaja dia masuk ke dalam.
Syatilla mengejar langkah Aira. Seketika seseorang menegur Aira dan Syatilla.
" Hai. " Sapa pemuda itu. Aira mengalihkan pandang kepada pemuda itu. Berkerut dahinya memikirkan siapa pemuda itu. Muka macam kenal.
" Eh. Ha awalnya sampai. " Kata Syatilla mengejutkan Aira.
" Siapa ni ? Kau ada janji dengan dia ke ? " Kata Aira.
Syatilla dan pemuda itu mempamerkan wajah yang bersalah.
" Err kau betul ke tak kenal dia ni ? " Tanya Syatilla.
Pemuda itu tersengih pula.
" Ni akulah, Ary. Wahid. " Pemuda itu tersenyum manis.
Aira terkejut.
" Hah ? Wahid ? Wahid.. "
" Iya Ary. Ni Wahid la. " Syatilla ketawa kecil melihat wajah Aira.
Aira menepuk dahinya sambil tersenyum.
" Ya Allah. Sorry bro! Aku tak cam kau weh. " Aira tersengih.
YOU ARE READING
Hati Si Dingin.
RomanceAira Aryana dan Zariq Raiqal. Mereka ditakdirkan menjadi adik- beradik tiri. Dua-dua kepala batu. Dua-dua sama dingin. Gaduh? Gaduh yang boleh membuatkan kedua-duanya bertumbuk. Tetapi kadang-kala kedua-duanya juga sama-sama ingin membantu. Ingin me...