Bab 25 | Pergi

5.6K 317 2
                                        

[ Zariq POV ]

Aku masih lagi termenung di balkoni bilik aku. Setiap kali aku merindui papa, aku akan menyedekahkan Al-fatihah ataupun membaca Surah Yaasin.

Aku tahu semua ni akan berlaku. Aku sudah bersiap sedia dengan keadaan ini. Dan aku juga sudah membuat keputusan. Keputusan untuk aku pergi jauh.

Sudah 1 bulan lebih papa pergi, dan Alhamdulillah keadaan semuanya okay.

Dan keputusan SPM pun sudah aku terima. Alhamdulillah cemerlang dan aku dapat straight A's.

Aku melangkah turun ke bawah. Kelihatan Kak Zahra sedang menonton tv bersama Aira..

Aira.. Serta merta dada aku berdebar.

" Riq, ni akak nak cakap sikit. " Kak Zahra menyapa.

Aku duduk di sofa tanpa memandang Aira.

" Akak dah transfer kerja akak ke sini. Jadi, mulai sekarang akak akan tinggal di sini. Dan wasiat papa akan dibaca minggu depan. "

Aku sedikit lega. Kak Zahra bakal duduk di Malaysia. Dan wasiat ? Hmm nampaknya aku tak sempatla dengar wasiat tu.

" Oh. Okay. " Hanya itu yang aku balas. Aku bangun dari sofa dan berlalu ke dapur. Seketika aku terdengar keluhan dari kak Zahra. Aira pula hanya diam. Tapi aku tahu dia memang sedang merenung aku.

Aku bukan sengaja buat begini. Tapi semua ni bersebab.

" Kamu dah terima surat tawaran belajar ? " Laung kak Zahra membuatkan kaki aku berhenti melangkah.

Perlu ke aku bagitahu ? Tak rasanya.

" Belum. " Jawab aku perlahan sambil melangkah ke dapur.

Tak perlu. Diorang tak perlu tahu.

********

Aku bangun pada pukul 3.00 pagi. Aku bersolat sunat 2 rakaat.

Setelah memberi salam, aku mula menadah tangan.

" Ya Allah. Kau ampuni segala dosaku, dosa seluruh umat islam Mu ya Allah. Ya Allah.. Aku bermohon padaMu, jika inilah takdirku, kau lindungi aku. Kau berilah petunjukMu. Sesungguhnya ini lah jalan yang terbaik. "

" Ya Allah. Kau lindungi kakakku, ibuku dan juga Aira. Kau sematkan semangat ketabahan untuk mereka. Aku tahu mereka akan bersedih. Tetapi kau berilah cahaya baru untuk mereka. "

" Ya Allah ya Rahman.. Kau pegangkan hatiku. Kau perliharalah hatiku dan juga hati Aira. Kau jagakan dia. Sesungguhnya hati aku hanya padanya. Dan kau tempatkan arwah papaku ditempat orang-orang yang beriman."

Kali ini setitis air mataku mengalir. Sebak kerana aku akan meninggalkan mereka.

Aku mengaminkan doa panjangku tadi. Setelah itu, aku lipat sejadah. Beg roda yang berisi baju-baju serta beg kecil berisi barang-barang, aku keluarkan dari almari.

Nota kecil yang sudah aku tulis di atasnya, aku letak pada meja belajar.

Aku bersiap. Setelah pukul 4.30 pagi, aku turun perlahan. Tidak mahu sebarang bunyi.

Pak Leman yang sudah menunggu di luar bersama Mak Leha memandang sayu.

Aku salam mereka.

" Zariq pasti ke ni ? " tanya Pak Leman . Beg aku semua diletakkan di dalam bonet kereta aku sendiri.

" Zariq pasti. Mak Leha tolong jagakan diorang eh. " Aku senyum. Senyum paksa.

Hati Si Dingin.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang