Bab 11 | Malu

6K 374 2
                                    

Aira mencelikkan matanya. Laju dia bangun dari posisi baring. Tengkuk diurut-urut. Kepala terasa berat. Mungkin sebab tak cukup tidur semalam.

Semalam hampir pukul 2 pagi baru mereka sampai ke rumah. Aira hanya mampu menahan ngantuk. Sampai sahaja di bilik terus tidur.

Aira membuka paip air. Dibasuh muka dan menggosok gigi. Cepat dia mengambil air wudhuk dan solat subuh. Tak larat dia nak turun untuk solat berjemaah.

Seusai memberi salam, terus dia menanggalkan telekung dan baring di katil.

Baru sahaja dia menutup mata, pintu diketuk.

"Ya Allah." Aira mendengus keras. Tilam ditumbuk kuat.

"Siapa ?"

"Aku ni, Zariq. " Suara Zariq jelas kedengaran di sebalik pintu.

Aira melangkah ke arah pintu, tetapi tidak dibuka. Telinga sahaja dilekapkan pada pintu sambil mata tertutup.

"Nak apa ?" Tanya Aira malas.

"Kau ni tak reti bangun ke ? Dah lambat ni. Semua tunggu kau nak solat ni! " Zariq menjerit seiring ketukan di pintu.

" Aku dah solat! Cakap dengan ibu! Kbye! " Jerit Aira kembali.

Aira kembali ke katil. Ketukan di pintu sudah berhenti.

"Kau okay tak ? " Suara Zariq kembali kedengaran.

' Aik! Ingatkan dah blah '

Aira hanya berdiam diri. Malas mahu menjawab.

~~~~~~~~~~~~~

Zariq melangkah turun apabila tiada suara menjawab.

"Mana Aira , Zariq ? " Soal Datuk Farid pelik.

"Dia kata dia dah solat tadi. "

"Kenapa tak tunggu kita ? " Tanya Datuk Farid lagi.

" Dia memang tak suka berjemaah ke ? " Tanya Maklong Sarah sinis.

Berubah muka Puan Nasuha. Zariq yang perasan akan perubahan muka ibunya segera menyampuk.

"Tak. Selalunya dia turun. Kalau dia tak sihat, memang dia tak turun. Tak larat la tu. " Zariq membela Aira.

Maklong Sarah mencebik. Rayyan menyiku tangan mummy nya. Ryana pula masih tidur di dalam bilik.

"Dahlah. Jom mula solat ya. Riq, imamkan. "

Zariq melangkah ke depan dan memulakan solat subuh mereka.

~~~~~~~~~~~~

Aira membuka kelopak matanya apabila terasa ada tangan yang sedang membelai rambutnya.

"Ibu... " Rengek Aira seraya memeluk tubuh Puan Nasuha erat.

" Kenapa ni ? Badan panas je ni. Semalam balik pukul berapa ? " Tanya Puan Nasuha lembut.

" Dua " kata Aira sepatah. Kepala diletakkan di atas riba Puan Nasuha.

" Ish kamu ni. Dah tahu kamu tu tak boleh tidur lambat. Kalau tidur lebih pukul 11, hah macam ni lah. Lemau je! " Puan Nasuha mula membebel.

Aira hanya memejamkan mata dan memekakkan telinga. Rambut yang dibiarkan lepas sudah berselerak di riba Puan Nasuha. Lama-lama dia terlena.

Hati Si Dingin.Where stories live. Discover now