Zariq memandang ke arah padang yang meluas. Beberapa orang murid sedang riang berkejaran di padang hijau itu.
Teringat dia tentang hal yang berlaku hampir 4 minggu yang lalu. Dia sudah menceritakan semuanya kepada Datuk Farid, Puan Nasuha , Datuk Zuki dan Datin Sarah malam itu. Pada mulanya, Rayyan menafikan. Setelah itu, Datuk Zuki menampar pipi Rayyan dan menyuruhnya balik ke London malam itu juga. Hubungan Zariq dan Rayyan juga mulai renggang. Begitu juga Ryana.
Zariq hanya mengeluh. Mata terpandang kelibat Aira sedang berjalan dengan Syatilla. Ceria saja muka Aira.
Entah kenapa Zariq suka melihat wajah Aira. Sebelum dia bertemu dengan Aira, dia kebanyakkan suka menyendiri, malah jika ada perempuan yang cuba merapatinya, akan ditengking. Tetapi dengan Aira, semua tak jadi. Ada sahaja mulut kecil tu nak menengking balik. Kadang bila bergaduh, Aira akan mencari peluang untuk menumbuk curi. Nakal betul.
Zariq bangun dari duduknya. Murid-murid semua sudah masuk ke kelas. Sunyi sudah padang itu.
Kelihatan beberapa murid lelaki datang ke arah Zariq. Salah seorang darinya Zariq kenal. Namanya Budi. Budi murid yang ditengking oleh Zariq kerana telah mencuba mencuri barang di dalam kelas Zariq minggu lalu.
Ketua kempulan itu memandang Zariq.
" Bro, dengar cite kau tengking budak gua. Betul ? " Tanya ketua dari kumpulan itu.
Zariq memasukkan tangannya ke dalam poket. Senyuman sinis diberi. Budak macam ni kena layan lebih sikit ni.
" Kalau ya pun, kau nak buat apa ? " Zariq mencabar. Sengaja menaikkan darah mereka. Sudahlah dia tengah stress. Memang elok la nak cari gaduh sekarang.
" Kau memang cari pasal la anjing! " Budi menjerit.
Mereka menyerang Zariq serentak. Zariq membalas setiap serangan. Kepala asyik teringat akan Aira. Amarahnya semua dilepaskan pada setiap tumbukan dan sepakan.
Tetapi entah mana silapnya, Zariq terleka dan seorang dari kunpulan itu memukul belakang Zariq. Zariq rebah. Mereka sempat memijak perut dan muka Zariq sebelum berlalu pergi.
Zariq merintih. Lama-kelamaan pandangan mata Zariq kelam.
~~~~~~~~~~~~~
Zariq membuka matanya perlahan-lahan. Cahaya memenuhi ruang matanya. Terasa ada tangan yang sedang mencuci lukanya. Zariq memandang ke arah wajah wanita itu. Cikgu Tania.
" Dah bangun ? " Tanya cikgu muda itu.
Zariq memegang kepalanya.
" Saya kat mana ni ? "
" Kat klinik sekolah. Nanti ibu bapa awak datang. Kejap ya. " Cikgu Tania pergi ke bilik sebelah.
Tiba-tiba pintu utama klinik dikuak dari luar.
Aira.
" Zariq ? Kau kenapa ni ? " Tanya Aira risau.
Lebam dan luka di muka Zariq kelihatan teruk.
Zariq hanya memejamkan matanya. Tangan diletakkan di atas dahi. Mengelak daripada pandangan Aira.
" Zariq! Aku cakap dengan kaulah! " Lengan Zariq ditolak.
YOU ARE READING
Hati Si Dingin.
RomanceAira Aryana dan Zariq Raiqal. Mereka ditakdirkan menjadi adik- beradik tiri. Dua-dua kepala batu. Dua-dua sama dingin. Gaduh? Gaduh yang boleh membuatkan kedua-duanya bertumbuk. Tetapi kadang-kala kedua-duanya juga sama-sama ingin membantu. Ingin me...