Bab 28 | Kembali

6K 344 5
                                    

Aku bergegas ke kereta Switf merahku. Jam dilihat. Sudah pukul 8 malam!

Habislah aku. Balik ni mesti kena bebel dengan Kak Zahra. Yelah. Tadi masa sarapan, aku dah janji nak balik petang. Dia kata ada tetamu. Tapi sekarang tengoklah. Pukul 8 aku baru nak bergerak balik.

Aku terus memandu laju. Aku dah kisah dah, janji sampai rumah dengan cepat.

Sampai sahaja di perkarangan rumah, aku terus memarkirkan kereta pada tempat yang aku selalu parkir. Tetapi ada satu kereta yang selambanya parkir kat tempat aku.

' Sabar Aira. ' Aku cuba menenangkan hati aku.

Kereta aku parkir di tepi dahulu. Kemudian aku terus mengorak langkah laju ke dalam rumah.

" Assala... "

Mata aku tertacap pada Kak Zahra dan... kanak-kanak kecil semalam ?

" Eh Kyra! " Sapa aku.

Kyra terus berlari ke arah aku dan memeluk kaki aku. Aku rendahkan badanku dan kaki aku bengkokkan. Bahu Kyra aku sentuh.

" What are you doing here ? " Tanya aku terkejut.

Kyra tersenyum lalu pipi aku dicium kedua -dua belah. Kemudian tubuh aku dipeluk pula.

" I miss you mama. " Katanya.

Aku juga terus memeluk dia erat.

" I miss you too, sweetie. " Aku tersenyum senang.

" Wahh.. Aira dah kenal Kyra ke ? " Kak Zahra menyampuk.

Aku yang hampir terlupa kewujudan Kak Zahra terus merungkai pelukan Kyra. Lalu aku dukung dia. Dia hanya tersenyum manis dan leher aku dipeluk menyebabkan pipinya melekap ke pipi aku.

" Aira jumpa dia semalam kak. " Kata aku dalam nada yang susah. Yelah dah si Kyra ni peluk kuat sangat.
" Siapa dia ni kak ? " Tanya aku.

Kak Zahra nampak ragu-ragu untuk berkata padaku.

" Err Kyra ni... "

" Kyra! Where are you sayang ? " Jerit satu suara garau dari tingkat atas.

Aku pula tersentak. Aku semacam kenal dengan suara itu. Aku berpaling melihat gerangan manusia itu. Dan aku terkedu. Aku tidak boleh bernafas.

Manusia itu juga kelihatan terkejut melihat kehadiran aku. Lama kami bertentang mata sebelum jeritan Kyra menyedarkan kami

" Papa! Mama is here! " Kyra melagakan pipinya lagi lalu dicium lagi pipi aku.

Aku pandang Kyra sebelum aku menurunkannya. Dada aku berdebar hebat.

Kyra berlari ke arah figura manusia itu dan manusia itu mendukung pula Kyra.

" Papa, why you're so quiet ? Let your voice out. " Kata Kyra dan pipi manusia itu dicucuk-cucuk oleh jari comel Kyra.

Manusia itu ketawa.

Aku tak dapat menahan air mata aku. Segera aku berlari ke luar rumah. Ke arah pondok kecil tempat aku meluahkan perasaan selama 6 tahun lalu.

Aku duduk dan airmata yang aku tahan tadi sudah pecah jatuh mengalir ke pipi.

Wajah tadi. Wajah yang aku rindu. Wajah yang aku tersangatlah rindu. Wajah yang aku cinta. Ya cinta.

Sepatutnya dari semalam aku dah dapat agak lelaki semalam itu ialah dia. Dia... Zariq Raiqal. Tapi aku masih menidakkan hal itu.

Hati Si Dingin.Where stories live. Discover now