Real story, by: kyungru
Ini adalah sebuah cerita dari abang Nad. Semasa kecil dahulu, kawan abang Nad tinggal di sebuah rumah kayu di kampung. Setiap malam sebelum tidur, dia suka mengetuk dinding rumah. Setiap ketukan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh 'seseorang' di luar rumah.
Malangnya, kerana tidak tahu siapakah gerangan yang bermain bersamanya, setiap hari dia akan melakukan perkara yang sama. Berhenti sahaja 'rakan' di luar mengetuk, barulah dia melelapkan matanya.
Suatu hari, dia tergerak hati untuk menceritakan perkara itu kepada nenek.
"Nek, nak tahu tak? Abang suka main ketuk-ketuk dinding bila malam. Lepas tu, mesti ada orang balas kat luar."
"Kamu biar betul, bang? Jangan ketuk lagi! Hantu tu!"
Dia tergamam apabila nenek berkata sedemikian. Sejak hari itu, dia mula berhenti dari bermain mengetuk dinding rumah setiap malam. Keputusan yang diambil untuk berhenti mengetuk mendatangkan kemarahan dari 'rakan'nya.
Setiap hari, 'rakan'nya akan mengetuk dinding rumah berharap agar dia membalas ketukan itu. Sudah tentu dia enggan membalas kerana nenek sudah memberi amaran dan perasaan takut yang sungguh menebal. Setelah 10 minit dia tidak membalas ketukan tersebut, 'rakan'nya mula mengganas dengan mengetuk setiap sudut dinding rumah. Sejak hari itu, dia bertekad agar tidak melakukan perkara gila lagi.
Hahaha! Macam mana? Disebabkan kebanyakan orang zaman sekarang tak duduk kat rumah kayu. Author nak korang bayangkan malam² tengah khusyuk main phone or study, tiba-tiba ada orang ketuk tingkap. Aih! Lupa pula yang korang duduk kondominium tingkat 21. Ketukan masih bertalu-talu di luar rumah. Siapa tu?
YOU ARE READING
Seram Merapu
Horror[CERTOT] Cerita kontot yang tak masuk akal. Jangan baca kalau anda berfikiran logik dan realistik! Sebuah certot seram yang sekadar geli-geleman.