Dia memerhatikan Maya yang sedang bergelak ketawa menonton video-video kelakar di Instagram. Semakin bercambah rasa benci di hati, tambah lagi bila guru-guru di sekolah begitu asyik memuji Maya. Maya itulah, Maya inilah. Ugh! Semuanya Maya! Dia bangun dari tempat duduk. Barang-barangnya dikemas, tidak lupa juga labah-labah yang ditangkap pada tiang sebentar tadi. Jangan risau! Bukannya beracun pun.
" Maya, kau pergi kenduri tak malam ni?" Maya segera menoleh.
" Taklah. Aku malas. Asal? Kau pergi ke?"
" Kalau kau tak pergi, aku pun tak pergilah. Pening kepala."
Maya hanya memerhatikan dia pergi lalu kembali fokus pada Instagramnya.
Malam itu, tiada siapa di dalam dorm. Hanya Maya yang kelaparan mengakibatkan perutnya tidak henti-henti memainkan irama keroncong.
" Pergi bilik Sei lagi bagus. Dia mesti ada makanan, lagipun tadi dia kata tak pergi kenduri."
Tok! Tok! Tok!
" Sei! Kau ada kat dalam tak?"
" Tak, aku kat tempat sidai baju!" Sei menjerit dengan kuat. Sebenarnya, dorm Sei dengan tempat tu takdelah jauh mana. Takkanlah tak dengar suara Maya yang kuatnya bagai guruh tu.
" Sei, aku laparlah."
" Lapar? Meh duduk sini."
" Kau makan stik, Sei? Bapak ahh! Mana kau dapat?"
" Heh. Inikan Sei. Dah, cepat makan. Kang orang lain nampak, naya kita."
" Sedapnya, Sei. Cukup semua rasa." Suapan Maya terhenti apabila jarinya mencapai tulang-tulang yang berbentuk seakan-akan jari manusia. Takkanlah!
" Urm, Sei. Aku dah kenyanglah. Aku balik dululah. Bye, thanks tau."
" Awalnya balik. Atau dah tahu? Chillax, daging bff kau kot. Takkanlah tak nak sambung?"
" Sei! Kau memang gila! Dasar ..." Kata-kata Maya terhenti apabila dia menggelupur kerana keracunan.
" Finally, kau mati."
" Sei, kau kat sini rupa-rupanya. Penat kami cari."
" Tolong aku! Maya! Dia nak bunuh aku! Tapi bila aku beritahu korang tengah cari aku, dia terus bubuh racun dalam sos dia! Tolong aku! Aku takut! Dia... Dia paksa aku makan daging Sofy, bff dia!"
" Dah Sei, semuanya dah selamat. Maaflah sebab kami tak percaya kata-kata kau. Tak sangka pula Maya ni sebenarnya gila." Mereka menarik tangan Sei lalu beredar dari situ membiarkan yang lain menguruskan tempat kejadian. Sei hanya tersenyum sinis.
YOU ARE READING
Seram Merapu
Horror[CERTOT] Cerita kontot yang tak masuk akal. Jangan baca kalau anda berfikiran logik dan realistik! Sebuah certot seram yang sekadar geli-geleman.