Aplikasi Wattpad ditutup setelah Seram Merapu khatam dibaca. Certot Puppet masih bermain-main di fikirannya. Matanya liar memerhatikan keadaan sekeliling. Berhati-hati melangkah keluar bilik. Elok sahaja dia menjejakkan kaki di dapur, bekalan elektrik terputus.
"Shit! Lilin dah habis pula tu." Flash camera dipasang bagi memudahkan dia berjalan di dalam gelap. Terdetik di hatinya untuk melihat skrin telefon, mana tahu kalau-kalau ada entiti yang berjaya dirakam. Dia masih fokus melakukan kerja gilanya.
Pap! Pap! Pap!
"Siapa tu?" Tiada sebarang jawapan.
Pap! Pap! Pap!
"Woi! Janganlah main-main!"
Dia mendengus geram, benci dengan sesetengah orang yang suka mempermainkan dia. Tiba-tiba, flash kamera tersuluh tepat pada sebuah wajah. Clown!
Clown sebesar dirinya sedang menyeringai sambil memegang sebilah kapak. Bunyi yang didengarnya sebentar tadi datang daripada sepasang kasut merah milik clown.
"Aku dah bakar kau! Macam ma..."
Kepalanya terputus dari badan. Badannya dipijak-pijak sehingga hancur oleh sepasang kasut merah.
"Jangan takut dengan clown. Clown tak jahat cuma nakal."
YOU ARE READING
Seram Merapu
Korku[CERTOT] Cerita kontot yang tak masuk akal. Jangan baca kalau anda berfikiran logik dan realistik! Sebuah certot seram yang sekadar geli-geleman.