Empat orang sahabat, Ghafar, Daud, Bob dan Amjer. Ke mana sahaja pasti bersama. Almaklumlah, rakan sekelas juga sekampung.
Begitu juga bila malam menjelma. Memang muka mereka berempat yang premm premm pusing keliling kampung. Nak dijadikan cerita, suatu malam kubur berasap. Taklah, tipu jek. Suatu malam, aktiviti masih diteruskan. Bezanya, Ghafar bonceng Daud dan Amjer bonceng Bob.
Tiba-tiba, motosikal yang dipandu Daud terhenti. Hahaha, dekat mana dia berhenti? Dekat paya busuk. Well, dulu situ tempat orang buang sampah. Tapi, jangan risau. Generasi 2020 dah pandai sivik.
Sambil tunggu Daud betulkan motosikal kapcainya, mereka berempat menyanyi seakan-akan katak yang memanggil hujan. Daud fokus melakukan kerjanya dengan bantuan cahaya handphone miliknya.
Sedang elok dia menyanyi sambil membaiki motosikal, tiba-tiba sahabat yang lain automatik! Berhenti menyanyi. Pelik Daud dibuatnya.
"Asal wey?" Daud bertanya malangnya tiada sebarang jawapan yang diperoleh.
Selesai sahaja tugasnya, motosikal dihidupkan kembali lalu aktiviti premm premm diteruskan. Salah seorang daripada mereka melontarkan soalan kepada Daud.
"Daud, kau tak nampak ke ada budak kecik cangkung sebelah kau tadi?"
YOU ARE READING
Seram Merapu
Terror[CERTOT] Cerita kontot yang tak masuk akal. Jangan baca kalau anda berfikiran logik dan realistik! Sebuah certot seram yang sekadar geli-geleman.