Malam itu, ayah Saodah seronok menceritakan segala pengalaman seram yang diperolehnya semasa muda. Kisah terakhir yang diceritakan ialah sepupu ayah yang dihempap pocong semasa tidur. Semua itu berlaku gara-gara sepupunya yang menganggap pocong adalah tahyul. Begitu juga dengan Saodah. Dia ketawa kerana berfikir ayah hanyalah bergurau. Yalah, sebelum ini ayah kata kalau jumpa pocong, tekup saja mukanya dengan Yassin.
Di dalam bilik, Saodah tidur bersama-sama adiknya. Namun, dia tidur di atas lantai berlapiskan single bed kerana kemogokannya apabila ibu tidak membenarkan dia membeli patung Chucky.
Sedang khusyuk dia tidur, tiba-tiba badannya dihempap sesuatu. Nafasnya tersekat, mata tidak boleh terbuka dan ayat-ayat Quran cuba dibaca namun gagal. Dia berusaha sedaya-upaya untuk membuka dan menggerakkan badan. Gagal lagi.
Ah! Menyesal gelakkan cerita ayah! Akhirnya, lidah Saodah mengungkapkan nama Pencipta lalu dia berjaya melepaskan diri daripada seksaan yang diterima.Keesokan harinya, Saodah menceritakan kembali setiap apa yang dialami kepada ayah. Malangnya, ayah hanya ketawa dan tidak mempercayai apa yang diceritakan Saodah. Sedih!
Hah! Kepada yang tak percaya bila author cerita kisah benar, better korang be aware. Mana tahu giliran korang pula yang kena? Well, pengalaman.Dia berdiri dekat sudut bilik. Tak pun dia tumpang baring kat sebelah. Mana-mana yang guna katil 2 tingkat. Hati-hati. Dia boleh ada kat mana-mana saja.
HATI-HATI
YOU ARE READING
Seram Merapu
Horror[CERTOT] Cerita kontot yang tak masuk akal. Jangan baca kalau anda berfikiran logik dan realistik! Sebuah certot seram yang sekadar geli-geleman.