KERANA MULUT !

15 1 0
                                    

Bibirnya mencebik sambil membaca caption di instagram. Sesekali, anak matanya dijulingkan.

" Kau kenapa, Li ? Dok terjuih-juih bibir tu. " Ram bertanya sambil memandang pelik.

Li menjeling ke arah Ram.

" Ni hah. Aku tengok banyak page instagram pasal fakta seram ngan psiko. Tolonglah. Orang bodoh jek yang buat dan baca semua ni. "

" Tu minat orang. Lagipun, sesetengah fakta yang depa kongsi ada yang betul. Ramailah orang minat dengan page macam tu termasuk aku. "

Li menjuihkan bibirnya.

" Hurm. Kau pun sama bodoh. " Dia keluar dari biliknya.

***

Post baru milik page seram menarik perhatian Li. Kali ini, admin page itu memuat naik cara membunuh.

" Apa bendalah bodoh ni. Macam mana nak maju kalau akal pun terbantut. Puff. "

Telefonnya ditinggalkan di atas almari. Laju kakinya berlari memasuki tandas.

" Ah, lega. " Zip seluar ditarik ke atas.

Kening Li berkerut.

" Woi Ram! Nak buat apa kau rakam aku? Ni mesti nak viralkan nanti. Aku tahulah kau bodoh, tapi tak payahlah nak tunjukkan. "

Ram terus merekod. Diletakkan kameranya pada tripod.

Tangan Li ditarik, tubuh rakannya dihempas ke atas katil. Picagari di dalam poket seluar dikeluarkan, jarumnya dibenamkan ke leher Li. Pengsan. Ram tersenyum.

" Hello. Aku dah dapatkan mangsa eksperimen korang. "

' Padan muka kau, Li! Babi! Page yang kau kutuk tu page aku, sial! '

Seram MerapuWhere stories live. Discover now