Lullaby

206 13 0
                                    

Dia rindukan suara itu. Suara yang selalu mendodoikannya ketika tidur. Suara yang sering menegurnya apabila dia terleka. Suara yang mengucapkan SELAMAT MALAM setiap hari. Dia rindukan suara itu.

Suara itu mula menghantui dirinya. Jika dulu, setiap malam dia mendengar. Kini, setiap saat suara itu bermain di fikirannya. Menyanyikan lullaby, panggilan kematian. Lullaby itu bukan untuk mendodoikannya, tetapi memanggilnya untuk terus ke jalan kematian.

Silapnya dulu kerana membunuh dia kerana suaranya. Dia cemburu dengan suara itu. Walaupun ketawa dari suara itu. Semuanya kerana sebuah suara.

Dia tidak mampu untuk terus melarikan diri. Lullaby berjaya mengawal mindanya. Pisau bedah diambil lalu ditoreh pada bahagian leher. Tangan diseluk ke dalam, laju mencabut kotak suara miliknya. Dia mati perlahan-lahan, darah membasahi lantai. Kematiannya diiringi dengan lullaby dari suara itu.

Seram MerapuWhere stories live. Discover now