Tindih

187 10 0
                                    

Real story, by: Syaerys

Masa tu hari Khamis malam Jumaat. Well biasalah bila dah hari khamis, aku dengan tuition aku lagi. Tambah-tambah lagi dengan cuaca panas, or senang panggil, el nino.

Malam itu, aku ambil keputusan untuk tidur di bilik adik aku. Bukan apa, aku ni jenis susah nak tidur. So, bila tengok adik aku cepat jek landing atas katil dia, macam best! Aku ambil keputusan untuk exchanged tempat dengan dia. Dia tidur dekat luar bilik dengan adik aku seorang lagi.

Bilik adik lelaki aku itu, lampunya memang tak boleh nak on. Bukan langsung tak boleh, means kadang-kadang hidup, kadang-kadang mati. Tapi, malam tu memang gelap. And bilik dia memang creepy.

Aku bawa phone masuk dalam bilik itu sambil layan app mydol. Mata memang berat, tapi masalahnya tak boleh tidur. Aku pasang lagu random. Aih! Tak boleh tidur juga! Pusing kanan, pusing kiri. Then, on kipas, lajukan sampai no 3 sebab panas.

Masa mata aku hampir terlelap, aku rasa badan aku berat sangat. Mata aku tak boleh nak buka. Posisi aku time tu menghadap siling, or macam mayat. Kan orang tua-tua cakap, tak boleh tidur macam itu nanti kena tindih.

Haa amik kau. Masa itu, nak menyesal pun tak ada guna. Aku sumpah benda yang tindih aku. Penat sangat-sangat tambah-tambah lagi otak memang tak boleh fikir apa-apa. Nak baca ayat Quran pun tunggang-terbalik.

Aku paksa mata dan badan bergerak. And yes! Alhamdulillah, dah boleh gerak. Dengan laju, aku ambil phone dekat sebelah, pasang surah Yassin kuat-kuat. Badan pun jadi ringan. Perasaan masa itu memang lega sangat-sangat. Dan aku baru perasan satu dari tingkap bilik adik aku itu tak ada. *Aku duduk dekat rumah flat.

 *Aku duduk dekat rumah flat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Seram MerapuWhere stories live. Discover now