Suprise!

137 9 0
                                    

Menjadi rutin hariannya, tidak menutup pintu tandas setelah digunakan. Sudah ditegur berulang kali, namun telinga dipekakkan. Tandas duduk akan dibiar dijamu oleh setiap orang yang melalui kawasan dapurnya. Haih, mungkin dia seorang kaki tuang kelas Pendidikan Moral.

"Kau tak malu ke tayang tandas kau macam tu? Kang keluar hantu dari situ, padan muka kau." Kamal menjeling Aizan yang khusyuk menghirup nescafe 3 in 1 yang dibancuh sendiri.

"Bodoh jek takut hantu. Kalau betul pun hantu keluar dari situ, sah-sah hantu pengotor. Dalam banyak-banyak tempat, situ gak tempat dia sembunyi. Apa susah, aku flush nanti dia hilanglah."

"Woi! Jangan memainlah! Mak aku cakap ..."

"Ah, sudahlah. Kita anggap jek hantu tu nak ucap happy birthday kat aku. Sebab tu dia buat suprise."

"Lantak kaulah. Aku nak pi kerja, hari ni shift malam."

"Hati-hati, karang hantu mangkuk tandas ikut kau." Aizan ketawa melihat Kamal yang sudah menarik muncung itiknya. Mungkin dia patut mencuba menyangkut baldi pada muncung temannya.

"Tak kelakar, sial!"

*****

Bunyi seseorang berada di dalam tandas mengejut Aizan dari lenanya.

"Wey Kamal. Awalnya kau balik."

Dia mengetuk pintu tandas, berharap balasan dari orang di dalam. Namun, pintu terbuka perlahan-lahan apabila dia mula mengetuk. Dia tergamam melihat sebuah kepala keluar dari mangkuk tandas. Mulutnya terkunci, tubuh badannya terkunci di situ.

"Kau! Macam mana?"

Tubuh badannya ditarik masuk ke dalam mangkuk tandas. Dia meronta-ronta minta untuk dilepaskan.

"Kau yang minta semua ini. Tak mungkin aku pulang dengan tangan kosong." Flush tertarik sendiri perlahan-lahan. Bunyi air menenggelamkan suara jeritan Aizan. Keadaan kembali sunyi seperti sedia kala. Daun pintu tertutup kembali.

"Assalamualaikum, Aizan! Weh, aku gerak dulu. Mak aku sakit kat kampung." Kamal pelik kerana tiada sebarang sahutan dari temannya. Takkanlah Aizan lari dari rumah? Dia bukannya remaja perempuan yang suka mengikut telunjuk durjana. Wait! Aizan memang bukan perempuan, dia lelaki tulen. So, kena tukar sikit perumpamaan itu.

Aizan bukannya seorang yang kuat sentap seperti orang yang gemar left dari group bila ahli lain bergurau senda atau bercanggah pendapat. Ok, kali ini macam sesuai perumpamaannya.

"Takpelah, maybe Aizan pergi kedai kot." Sekeping nota ditampal pada skrin televisyen.

Aizan, aku balik kampung seminggu.

Keadaan rumah diperiksa, semuanya tip top. Oh ya! Aizan dah pandai tutup pintu tandas. Dia tersenyum puas. Akhirnya, temannya sudi mendengar nasihat. Pintu rumah dikunci. Bunyi kenderaan keluar dari halaman rumah telah tiada.

Dan jeritan Aizan mula kedengaran. Mencari seseorang yang boleh menguruskan mayatnya.

Seram MerapuWhere stories live. Discover now