Camping

256 14 7
                                    

Real story, by: Wkaka_kaka

Hari itu saya telah pergi ke sebuah perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Jadi, saya telah pun bersedia dengan segala kelengkapan, teemasuklah mental dan fizikal. Setibanya di sana, kami diberi waktu untuk merehatkan badan, mengemas pakaian dan tidur sebentar.

Apabila masuk senja, semua pelajar diarahkan mandi kemudian diminta bersedia untuk masuk ke dalam hutan bagi menjalani aktiviti ketahanan iman.

Sampai sahaja di sebuah stesen, kami dipisahkan dari kumpulan masing-masing. Seorang demi seorang dilepaskan untuk masuk ke tengah hutan. Tiba sahaja giliran saya, saya berjalan perlahan-lahan sambil membaca doa sebagai pendinding. Almaklumlah, dengan gelapnya hutan tu. Takut-takut terjumpa dengan penghuni hutan, tak binatang, 'dia'.

Sedang saya berjalan dengan penuh berhati-hati, tiba-tiba budak di hadapan saya menjerit sekuat hati. Cuba bayangkan orang menjerit dalam hutan yang sememangnya gelap, mestilah saya terperanjat. Oh ya! Perjalanan kami ditemani dan diperhatikan oleh abang Fikri dan coach.

Bila saya nak pusing, saya ternampak sebuah bayang-bayang yang berada di tengah-tengah mereka. Masa itu, abang Fikri dan coach memakai kostum pocong dan bolong. Tapi, ada seseorang menumpang di celah mereka membuatkan saya tertanya-tanya, siapakah dia.

Dengan pantas, saya berlari keluar dari perut hutan. Elok sahaja saya keluar, kawan saya tiba-tiba menjerit sambil berkata-kata, "AKU INGINKAN DARAH DIA!" Masa itu memang betul-betul terkejut. Sebabnya orang yang saya nampak berdiri di celah abang Fikri dan coach kini berdiri betul-betul di atas kepala kawan saya yang sedang menjerit.

Kejadian itu benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepada saya. Malam itu, saya tidak dapat tidur kerana 'dia' sedang menanti di luar khemah. Kadang-kala, 'dia' akan berjalan mengelilingi khemah seakan-akan menanti saya di dalam.

 Kadang-kala, 'dia' akan berjalan mengelilingi khemah seakan-akan menanti saya di dalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kepada yang tak tahu bolong/sundel bolong macam mana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kepada yang tak tahu bolong/sundel bolong macam mana. Pada pengetahuan author, sundel bolong ni perempuan yang mati semasa mengandung. Rupa hantu macam itulah, belakang badan dia berlubang dan dipenuhi ulat. Mungkin, readers tak jumpa 'dia' semasa khemah. Tapi, mana tahu 'dia' tunggu korang untuk keluar bilik air bila korang terjaga waktu malam.

"Awak, cepatlah keluar. Saya nak masuk juga."

Seram MerapuWhere stories live. Discover now