Taman Perumahan Bacang dikejutkan dengan pemergian Wak Raya. Warga emas yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan meninggal dunia tanpa sebarang sebab. Apapun, ajal tu di tangan Tuhan.
Nak dijadikan cerita, Wak Raya ni terkenal sebab belaan dia. Mana dia pergi, benda ni mesti protect dia mahupun harta. Memang ditakutilah. Malam selepas dia dikebumikan, ada seorang mamat yang keras kepala pi keluar main futsal even ibu dia dah larang. Siapa nama dia? Kita panggil jek dia Fizz.
Rumah Fizz yang berdekatan dengan kawasan perkuburan menjadikan 12 rencah yang dimasak sehingga pecah minyak semakin seram. And, rumah Fizz ni bawah bukit, atas bukit rumah telah dipasang dengan gate.
Before nak turun, kenalah buka gate dulukan? Elok saja Fizz parking motor kat tepi gate, lampu motor tersuluh persis dan jitu pada seorang lelaki tua yang sedang mencangkung menghadapnya di seberang jalan.
WAK RAYA? BUKAN KE DIA DAH MENINGGAL?
Kelam-kabut Fizz menolak motornya menuruni bukit. Salam diberi, pintu dibuka lalu dia terus pengsan di hadapan pintu. Bersusah-payah ibunya mengangkat Fizz yang seakan-akan paus terdampar di belakang kelas.
Sepasang tangan yang memeluk erat tubuh Fizz membuatkan dia tersedar dari pengsannya. Matanya memerhatikan kipas siling yang berputar. Kepalanya dipusingkan ke sebelah kiri. Ya! Belaan Wak Raya memeluk dia sambil wajahnya yang tiada mulut dan hidung hanya jarak 2cm dari wajah Fizz.
YOU ARE READING
Seram Merapu
Horror[CERTOT] Cerita kontot yang tak masuk akal. Jangan baca kalau anda berfikiran logik dan realistik! Sebuah certot seram yang sekadar geli-geleman.