Tingkat Atas

103 7 6
                                    

Nama aku Aniq. Lelaki atau perempuan? Korang pepandailah teka, yang pasti aku straight. Umur aku 17 tahun, masih ada parents dan aku mempunyai kakak dan abang seramai 6 orang. Ya! Aku anak bongsu yang sangat disayangi. Muahahaha. Aku orangnya biasa-biasa sahaja. Sekacak Charlie Puth dan secantik Taylor Swift. Tak perlu letak tangan atas bahu sebab aku tipu. Kalau nak describe panjang-panjang pasal aku, habis putus jari author. And wattpad bukan wechat.

Parents aku baru jek renovate rumah. Rumah yang dulunya hanya setingkat kini bertingkat-tingkat seperti mangkuk tingkat. Tak perlu kata aku sembang kencang sebab aku memang dikenali sebagai Aniq 220 km/j. Tangga untuk ke tingkat atas tu parents aku buat tangga berputar. Kalau korang tak tahu, pi lah cari kat Uncle Google.

Sejak rumah aku ada dua tingkat, makin bertambah-tambah penghuni kat dalam rumah. Lagi-lagi tingkat atas, parents aku buat ala-ala tradisional. Then, takde siapa yang berani stay kat situ. Kalau adapun, mesti sekali reramai. Kitorang pun takut nak bersihkan situ. Seram!

Pernah sekali aku dengar orang tarik tilam bawa masuk dalam bilik tingkat atas tapi bila tengok takde orang dan takde langsung kesan tilam ditarik. Yalah! Mana ada tilam kat tingkat atas.

Ada satu masa ni, masa tu aku baru balik dari kedai Wak Nin. Elok jek motor aku masuk kat laman rumah, merecik hawau! Ada hakak rambut rebonding diri kat tingkap rumah atas. Korang boleh bayangkan ada satu tingkap kayu yang macam rumah dulu-dulu tu terbuka. Apa lagi! Aku lari ahh masuk rumah.

Jiran aku ni pandai ubatkan orang. Pastu, dia ada kelebihan iaitu sixth sense. Woi! Bukan band dari Indonesia tu. Ni sixth sense deria keenam. Dia pernah kejar hakak terbang dari simpang mana entah sampai depan rumah aku. Tapi, bila sampai rumah aku. Hakak tu hilang! Wey, gila takut!

Sampai sini jelah cerita aku. Aku tak sanggup nak cerita bebanyak sebab ada orang sedang perhatikan aku kat tangga berpusing dalam keadaan merangkak. Chow!

Seram MerapuWhere stories live. Discover now