Let's Prank! Siapa yang tak kenal dengan group tu? Bukan satu sekolah saja yang kenal tapi satu taman kenal setiap ahli kumpulan tersebut. Sebut saja Let's Prank!, semut pun kentut beramai-ramai sebab menyampah dengar nama tu.
Let's Prank! terdiri daripada Akhmal, Syamsul, Muiz dan Jiji. Mereka ni semua satu kelas. Nak dijadikan cerita, pagi itu kelas mereka menerima seorang pelajar baru, Najla. Manis orangnya dengan tahi lalat di tepi bibir. Hampir satu kelas tertarik dengan Najla kecuali mereka berempat.
"Beb, mangsa baru. Nak try tak?," tanya Jiji kepada ahli Let's Prank.
"Kitorang on jek. Set masa ngan tarikh, terus jalan."
"Ok good! Kita buat prank sempena menyambut pelajar baru. Petang esok lepas 1M1S. Let's Prank?"
"Let's Prank!" Mereka berempat terus berlalu keluar dari kelas selepas bersorak.
***
"Awak Najlakan? Saya Akhmal."
"Akhmal? Kita sekelaskan. Ada apa ya?"
"Saya nak minta tolong angkatkan barang-barang ni ke stor sukan. Boleh tak?"
Tanpa menjawab, Najla terus mengangkat.
"Seramnya stor ni. Aura dia buat saya meremang."
"Janganlah takut, game baru jek nak mula." Akhmal terus menutup mulut dan mata Najla.
Najla diikat pada sebuah kerusi dengan keadaan mata tertutup. Dia cuba meronta namun gagal. Nampaknya ikatan itu terlalu kuat.
"Najla, dah sedia?" Bunyi chainsaw mula kedengaran menyebabkan Najla semakin takut.
"Akhmal, awak nak buat apa pada saya?"
"Oklah Najla. Rasanya kau dah diingatkan supaya berhati-hati agar tak termasuk ke dalam perangkap Let's Prank! Am I right?"
Najla hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba pahanya dititiskan dengan cecair lilin yang panas.
"Korang nak buat apa? Tolonglah jangan apa-apakan aku!"
"Kami tak minta lebih, cuma 7 titis darah sebagai syarat untuk dilepaskan. Kalau kau setuju, kami berikan syarat yang lain agar kau sudi untuk memberi darah."
"Aku setuju."
"Pilihan 1, cucuk jari kau dengan pemutar skru panas. Pilihan 2, potong sedikit urat kau pada pergelangan leher. Pilihan 3, hiris lidah kau dengan pisau."
"Hurm, dah maghrib rupanya. Apa kata aku berikan darah tu esok jek. Aku janji."
Mereka berempat hanya ketawa. Tapi sekejap, macam mana Najla tahu hari dah maghrib padahal mata dia dah tertutup rapat?
"Terperanjatlah tu."
Ahli Let's Prank menoleh ke arah Najla yang kepalanya sudah berada di udara.
"Kalau saya pula yang nak darah awak semua, boleh tak?"
YOU ARE READING
Seram Merapu
Horror[CERTOT] Cerita kontot yang tak masuk akal. Jangan baca kalau anda berfikiran logik dan realistik! Sebuah certot seram yang sekadar geli-geleman.