Real story, by: zaaaaaf
Waktu mak kecil, dia selalu ikut nyang Embun (mak kepada opah) pergi mengaji dekat surau sebelah rumah. Selalunya pukul 6 petang hingga maghrib dan isyak. Nyang ni pun selalu ajar orang mengaji.
Ada satu hari, mak baru balik dari sekolah dalam pukul 6 petang sebab hari itu mak ada study group kat sekolah. Sebelum tu, dia beritahu pada nyang yang berada di surau yang dia mahu pulang ke rumah kerana perutnya yang terlalu lapar.
Masa itu, keadaan dah gelap. Almaklumlah, zaman dulu mana ada lampu jalan. Takkanlah nak paku lilin kat buluh sebagai lampu jalan, ya dak? Sampai saja di rumah, mak pasang api lilin dan memulakan makan dengan basmalah.
Time syok-syok layan nasi panas dengan ikan temenung goreng, mak dengar macam ada orang mandi dalam bilik air. FYI, meja makan berhadapan dengan bilik air. Mak ingat Tok Timah (opah kpd owner cerita) yang mandi. Mak pun tanya,
"Mak, mak ka tu?"
Tiada sahutan. Mak pun tunggu dalam setengah minit, tetiba benda dalam bilir air tu menyahut kuat.
"HMMMMM!!!"
Mak pun apa lagi. Terus chow ahh dengan tangan tak basuh pi lari naik surau. Mak tanya dekat nyang,
"Tok, mak ada kat rumah ka?"
"Tak dak aih. Mak hang pi Langkawi nu."
YOU ARE READING
Seram Merapu
Horror[CERTOT] Cerita kontot yang tak masuk akal. Jangan baca kalau anda berfikiran logik dan realistik! Sebuah certot seram yang sekadar geli-geleman.