Takut tak nenek kebayan? Cerita nenek kebayan biasanya menjadi sebuah cerita kegemaran orang-orang tua untuk menakutkan kanak-kanak. Tapi, untuk kali ini. Author akan ceritakan pengalaman sebenar yang author gali khas untuk readers.
Korang biasa tak jalan malam-malam naik motor? Takpun, istilah jahilnya ronda. Syaza nama diberi, eceh nak gak acah-acah nama novel. Menjadi rutin harian Syaza untuk meronda bersama bff poreber nya, Ainul Mardiah.
Dah puas meronda, tengok jam kat dashboard. Motor ada dashboard? Kalau tak, jam tanganlah tu. Jarum jam dengan malu-malunya menghampiri 12.01 pagi. Masa untuk pulang.
Dalam perjalanan mereka, pokok-pokok renek menghiasi di tepi jalan. Bila kita panggil pokok renek, pokoknya mestilah rendahkan. Mata mereka berdua tertangkap sekujur badan yang sedang berjalan perlahan berhampiran dengan pokok renek. Memang rendah sebab dia bongkok! Bongkok yang memang tahap udang pun ngaku kalah.
Untuk mendapatkan kepastian, Syaza pusing kembali. Namun, nenek tadi telah tiada. Kecewa. Mujurlah Ainul Mardiah tidur di rumahnya pada malam itu. Taklah dia kena ulang-alik.
Tiba sahaja di rumah, motor diparkir di bawah garaj kereta ayahnya. Salam diberi, tiada sahutan. Syaza dan Ainul Mardiah mengetuk pintu sambil memberi salam dengan lebih kuat. Habis bergegar pintu itu. Nak tahu kenapa mereka ketuk dan beri salam dengan kuat?
Seorang nenek berambut panjang mencecah tanah berjalan dalam keadaan membongkok sedang mengeliling rumah itu sambil mata merahnya tidak lepas memandang mereka berdua.
" Cari nenek ke, cu?"
YOU ARE READING
Seram Merapu
Horror[CERTOT] Cerita kontot yang tak masuk akal. Jangan baca kalau anda berfikiran logik dan realistik! Sebuah certot seram yang sekadar geli-geleman.