Sejak aku kecil, nenek selalu pesan, jangan mandi malam. Bahaya. Tapi, aku tak suka dengar cakap dia. Aku rasa menyampah! Yalah, zaman dah moden. Kalau sakit, pergilah hospital. Apa susah?
Malam ini, nenek datang lagi. Memanggil aku keluar dari bilik air. Dia tak tahu ke badan aku dah melekit lepas balik kuliah? Elok sahaja aku keluar, kepala nenek yang terapung terus pergi dengan sebuah senyuman manis.
Aku terus mencampakkan diri ke atas katil. Macam mana aku boleh lupa yang nenek dah mati minggu lepas sebab aku pancung? Dan baru aku sedar bahawa nenek terlalu menyayangi aku.
YOU ARE READING
Seram Merapu
Terror[CERTOT] Cerita kontot yang tak masuk akal. Jangan baca kalau anda berfikiran logik dan realistik! Sebuah certot seram yang sekadar geli-geleman.