Irama malam

76 7 0
                                    

Korang pernah dengar sebuah lagu yang dikatakan berhantu? Lagu tu berasal daripada negara seberang iaitu Indonesia. Tajuk? Dah lupalah, tapi tak apa. Disebabkan mood author baik hari ni, author akan beri klu sikit.

Malam sunyi ku sendiri
Duduk sepi di atas pohon
Ku biarkan rambutku teurai

Tu serba sedikit liriknya. Bolehlah korang search kat Uncle Google. Actually, author dapat sebuah pengalaman yang entah benar atau tidak dari ****. Persembahkan ...

Beberapa tahun yang lepas, kawan Rahim (bukan nama sebenar) ada kongsi sebuah lagu. Kecoh semua orang jadinya sebab teruja. Masing-masing busy share lagu. Rahim pun ikut sama, takkanlah dia nak biarkan peluang keperakan terlepas begitu saja.

Petang tu, lepas balik dari kelas, dia terus baring atas katil sambil bluetooth lagu tu dengan speaker. Baru ada feel nak dengar. Tengah khusyuk dengar, pintu bilik dia kena gegar dengan orang. Apalagi! Ketar lutut jadinya! Perlahan-lahan dia buka pintu dan

" Rahim, aku laparlah. Ada maggi tak?"

" Salam mana? Ambillah kat tempat biasa."

" Kuatnya kau pasang lagu ni. Kau jangan Rahim. Nanti malam benda tu datang karaoke kat rumah kau sambil duduk dekat tingkap."

Untuk pengetahuan korang, tingkap bilik Rahim ada ruang kecil untuk letak pasu bunga yang kecil atau apa-apa jek. Ruangan tu dekat bahagian luar.

" Merepek! Kalau betul pun pompuan tu datang, aku kentut jek dekat muka dia. Hahahahaha!"

"Lantak kaulah, chow! Ketawa kau pun dah macam setan. Gila."

Tepat jam 2.49 pagi, telefon Rahim vibrate tanda panggilan masuk. Kemal, budak yang datang minta maggi petang tadi.

" Hurm, nak apa?"

"Wey Rahim! Bodoh ke? Tutuplah speaker ko tu! Asyik ulang lagu yang sama jek dari pukul 1 pagi. Meroyan?"

"Lagu apa kau ni?"

"Lagu seram tulah. Kacau betul aku nak tidur."

"Kau yang bodoh. Aku dah matikan pun lagu tu, siap buang lagi. Bye." Panggilan terus dimatikan lalu diselubungkan tubuhnya dengan selimut.

Sinaran bulan menyuluh malam lalu tubuh badan seseorang kelihatan di tingkap Rahim. Kaki diayunkan sambil menyanyikan lagunya. Tangisan syahdu mengiringi tanda hati yang sedang berduka lara. Rambut yang panjang mengurai terselak sedikit menampakkan wajahnya.

Rahim terkelu. Lagu itu. Bukan dari speakernya tapi dari perempuan di luar. Yang duduk pada tepi tingkap tingkat 23. Asmanya datang menyerang. Segera ubat di tepi meja dicapai dan ditelan. Mulutnya berbuih, label pada ubat dipandang. RACUN. Dia mati di atas katil bersama irama ngeri yang menemaninya.

Korang boleh search cerita pasal penyanyi tu. Tapi hati-hati, author tak akan bertanggungjawab kalau sth happen kat korang.

 Tapi hati-hati, author tak akan bertanggungjawab kalau sth happen kat korang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Seram MerapuWhere stories live. Discover now