Dup dap..dup dap.
'Arghhh kenapa pulak dengan aku ni'. Ternyata Tengku Aeris masih tidak dapat melupakan perkara yang berlaku awal pagi tadi. Pen yang dipegang olehnya diletakkan di atas meja semula. Konsentrasi terhadap kerjanya terganggu kerana Aleesya farhanah !Peristiwa dia melanggar Aleesya kian berlegar-legar di dalam kotak fikirannya. Buat seketika dia terasa nyaman apabila berada disamping gadis itu. Baru haruman lavender yang dipakai oleh Aleesya membuatkan dia hanyut seketika dibuai dengan bibit-bibit cinta.
Bosan ! Itu yang dirasakan oleh Tengku Aeris Naufal ketika ini. Dia berhasrat ingin menganggu Aleesya yang jelas terang lagi bersuluh sedang sibuk menyelesaikan tugasan yang diarahkan oleh Tengku Aeris Naufal pagi tadi. Idea jahatnya mula melakar di fikirannya.
Laju sahaja jari telunjuk Tengku Aeris menekan butang interkom di atas mejanya.
"Aleesya farhanah,sila masuk ke dalam bilik saya sekarang !",pinta Tengku Aeris Naufal dengan suara garaunya. Dia menahan senyum setelah menekan butang interkom tersebut.
Setelah lima minit berlalu,bunyi ketukan pintu biliknya menyedarkan Tengku Aeris yang sedang tekun menaip sesuatu di komputer ribanya.
"Masuk",ujar Tengku Aeris Naufal acuh tak acuh.
"Ada apa-apa yang perlu saya bantu Tengku?",soal Aleesya kepada Tengku Aeris setelah tiga minit berdiri di hadapannya seperti patung cendana. Dia terasa dirinya tidak dihiraukan oleh Tengku Aeris Naufal. 'Hisy ! Tadi beria panggil aku. Lepas dah datang diam seribu bahasa pulak. Ishh geram betul !',Bebel Aleesya di dalam hatinya. Kalau diikutkan mahu sahaja diketuk-ketuk kepala majikannya itu yang berwajah selamba.
"Aku nak kau buatkan air untuk aku sekarang. Tekak aku dah haus. Jangan buat air tu manis sangat macam kau nak bunuh aku dengan penyakit kencing manis",ujar Tengku Aeris Naufal dengan wajahnya yang selamba. Control macho.
Perghh pedas lagi berbisa ayat dia ni. Memang kalau diikutkan aku nak je letak julap dalam air kau nanti biar berulang kali masuk toilet. Padan muka ! Tapi aku taklah sekejam tu nak aniyai anak teruna orang.
"Okay boss",balas Aleesya dua patah lalu mentabik hormat ke arah Tengku Aeris Naufal. Dia mula mengorak langkah menuju ke muka pintu.
"Jangan lambat sangat. Aku bagi kau lima minit je untuk buat air tu. Kalau lambat tahulah nasib kau nanti",sambung Tengku Aeris Naufal.
Bicara Tengku Aeris Naufal dibiarkan sepi tanpa sebarang balasan. 'Ingat aku ni bibik kau ke apa?! Kerja aku setiausaha je takde kena mengena dengan kena buat air lah! Mentang-mentang first day aku kerja kau buli anak dara orang eh. Huh !',bebel Aleesya sendirian.
🌻🌻🌻🌻🌻
Aleesya dengan penuh semangat melangkah masuk ke dalam bilik majikannya dengan membawa secawan teh.
"Nah Tengku,jemput minum",pelawa Aleesya sambil meletakkan cawan tersebut di atas meja. Dia pantas ingin beredar meninggalkan bilik Tengku Aeris.
"Hwait ! Aku nak kau ikut aku pergi meeting dengan Dato Razali pukul 11 pagi esok. Kau jangan buat buat lupa pulak nanti",ujar Tengku Aeris Naufal lalu meneguk air yang dihidangi Aleesya sebentar tadi. Emmm not bad ! Pandai buat air minah kerek ni. Dalam diam Tengku Aeris memuji kelebihan Aleesya Farhanah.
"Baiklah,Tengku jangan risau. In sha Allah saya akan ingat",balas Aleesya seraya memberikan senyuman yang menampakkan lesung pipit di sebelah kanan pipinya. Manis sekali !
Tengku Aeris Naufal hanya berdehem selepas kelibat Aleesya hilang dari pandangannya. Perasaan sahaja mungkin ! Duga hatinya.
🌻🌻🌻🌻🌻
Bunyi deringan telefon Aleesya menganggu konsentrasi Aleesya yang sedang leka menonton drama koreanya yang berjudul 'The inheritors".
Notification WhatsApp daripada Aisyah membuatkan hatinya berlagu girang.
Hi babe ! 😘 Macam mana first day kerja dengan cik abam Korea? 😁
Hmm banyak menguji kesabaran aku wehhh dia tu. First day dah kena buli entah macam mana kalau setahun kirija ngan dia . I kennot 😭
Really? 😱 Alaaa kesiannya bestie aku ni. Takpe,kau sabar eh aku tahu kau boleh beb. Kau pikat je dia bg hati dia cair hahahaha 😂
Banyakla kau pikat hati dia 😑 nanti tak pasai pasai kena buang kerja aku matila aku nanti nak 😥 makan pasir sis nanti 😭
Hahahaha belum cuba belum tahu sis ! Btw all the best k. Semoga bertahan dengan big boss kau yg cerewet namatey tu hikhik 😁 chaiyok Ana chaiyok !
Wahhh ni perli ke hape ni 😠 hahaha in sha Allah 😊
Okayla choww dulu. Aku dah mengantuk ni. Paper roger and out k Ana. Muah muah sayang kau ketat sendat padat. Night ! 😘😘💞
Okayyy lebiu more beb. Genighttt 😘😘🙆
Aleesya hanya menggelengkan kepala melihat telatah sahabatnya itu. Hmm esok kerja lagi. Malas sungguh nak menghadap kerenah lelaki itu. Semoga hari esok merupakan hari yang baik baik sahaja. Aleesya meletakkan telefon bimbit di sisinya. Dia ingin menyambung hobinya semula. Lee min ho !
Sorry gais kalau bab ni kurang menarik. Jangan lupa untuk vote and comment apa yang patut ya? 😁

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Tanpa Prejudis
RomanceTengku Aeris Naufal Tengku Hisham. Lelaki kacukan inggeris yang sering menjadi dambaan para wanita. Dalam erti kata lain jejaka terhangat di pasaran yang menjadi CEO di empayar syarikat bapanya tersendiri. Manakala Aleesya farhanah hanya seorang gad...