Setelah menunaikan solat fardhu subuh, Aleesya bergegas menuju ke dapur. Dia bercadang untuk memasak pagi itu memandangkan Tengku Aeris masih lagi lena dibuai mimpi.
Hatinya begitu girang pagi ini apabila mengenangkan peristiwa malam tadi.
Tengku Aeris mengucapkan bait-bait cinta buatnya dan lelaki itu juga turut membalas rangkulan eratnya.
'Ish ! Jangan berangan Aleesya. Dia mengigau je tu kau yang nak over lebih tu dah kenapa ?', omelnya sendirian. Dia kemudiannya menyediakan bahan bahan untuk memasak bubur di atas meja tersebut.
🌞🌞🌞🌞🌞
Bau aroma masakkan Aleesya yang begitu menyelerakkan telah menganggu lena tidur Tengku Aeris di ruang tamu.Tengku Aeris memisat kedua kelopak matanya yang kabur. Dia ingin bangun namun perit di kepalanya menyukarkannya.
'Erghhhh sakit', Tengku Aeris mengerang sambil memegang kepalanya.
'Macam mana aku boleh ada kat sini ?', desisnya. Dia sempat memandang ke sekeliling ruang tamu tersebut yang tidak asing darinya.
🌞🌞🌞🌞🌞
Kelibat Aleesya yang sedang kelam kabut memasak di dapur dipandang oleh Tengku Aeris di sebalik pintu yang memisahkan ruangan dapur dan ruang tamu rumahnya.
Bau aroma masakkan Aleesya yang begitu menyelerakkan telah menggodanya untuk mengintai gerak geri gadis itu di sebalik itu. Telatah gadis itu yang seperti lipas kudung itu mencuit hatinya.
"Aku dah letak garam ke belum eh?", gumam Aleesya sendirian sambil menyentuh kepalanya dengan sudip.
"Dah ? Ke belum ? Alaaa dah nyanyuk betul la kau ni Aleesya", bebel Aleesya sendirian namun belum sempat dia ingin mengambil bekas yang berisi garam terasa bahunya disentuh oleh seseorang.
"Bahhh !!!!!",sergah Tengku Aeris
"Opocot mak kau terberak kat sini !" 😂😂😂😂
Sudip yang dipegang oleh Aleesya sudah terpelanting di atas lantai.Habis meletus tawa Tengku Aeris yang ditahannya dari tadi sebaik sahaja melihat telatah Aleesya.
"HAHAHAHAHAHA apa ?! Mak aku terberak kat sini ? Mama aku kat rumah laaaa !!", gelak Tengku Aeris mengekek sambil memegang perutnya yang mula terasa senak.
Aleesya menjegilkan matanya kepada Tengku Aeris. Cisss ! Kurang asam punya suami ! Ada jugak yang kena siat siat ni karang !
"Nasib baik Ana takde sakit jantung tahu tak ?! Kalau tak abang dah jadi duda tak laku sekarang ni ", Aleesya mencekak pinggamgnya sambil mencerlung tajam ke arah Tengku Aeris yang masih tidak berhenti ketawa.
"Hahaha kau yang kelam kabut sangat masak sampai aku dah berjam kat sini pun kau tak sedar. Elehhh kalau aku jadi duda pun ramai lagi perempuan kat luar sana terhegeh-hegeh nakkan aku tau. Entah entah mama pun boleh dapat menantu yang sebaya dengan dia. Belum aku pinang dah serbu datang rumah", sambung Tengku Aeris.
"Eeeeee gatalnya abang !!!", Aleesya memukul dada bidang lelaki itu bertalu-talu.
"Eyyy sakitla gilaaa sakitttt"
"Ahhh tak peduli"
"Isy ! Aku cakap sakit la !",marah Tengku Aeris lalu dia mengunci kedua tangan gadis itu.
Aleesya terdiam. Dia merenung wajah Tengku Aeris yang begitu rapat dengannya. Sungguh dia tidak betah apabila kedudukan mereka yang begitu intim sebegitu.
"Haaaa kenapa diam ? Buatla macam tadi tu", usik Tengku Aeris.
'Macam mana aku nak buat macam tadi kalau kau pegang tangan aku eyyy dia ni', desis Aleesya.
"Abang lepasla Aleesya nak masak ni", rayu Aleesya. Dia tidak berani untuk bertentang mata dengan lelaki itu. Takut nanti kalau tergoda naya ! Bubur entah ke mana dia entah ke mana !
"Kalau aku still tak nak lepaskan kau macam mana ?" soal Tengku Aeris sambil mendekatkan lagi wajahnya dengan Aleesya.
Dup dap !
Jam di dinding terus berdetak ahhhh !Ahhh sudah jantung kau ni dah kenapa Aleesya ?"Haaa ka-kalau abang tak lepaskan Ana, abang tak dapat ma-makan pagi ni so please let me go" rayu Aleesya lagi sambil membuat muka baby facenya di hadapan Tengku Aeris.
Maigad ! Dekatnya ! Lagi dekat lagi handsome laki aku ni !
"Aku tak kisah pun kalau tak makan pagi ni asalkan...."
"Aku dapat makan kau", bisik Tengku Aeris dengan penuh sensual di telinga Aleesya.
"And please jangan buat muka kau macam tu lagi sebab kau buat aku rasa nak amm aumm kau sekarang ni", sambung Tengku Aeris lagi.
'Alamak ! Dia ni dah kenapa ? Demam teruk sampai kena serbu dengan angin gatal ke pagi ni ?', Aleesya kebingungan.
Apabila tiada sebarang respon daripada Aleesya, Tengku Aeris mula memberanikan diri untuk mendongakkan wajah gadis itu yang asyik menunduk dari tadi.
Mata bundar gadis itu yang cantik mula membuatkan Tengku Aeris terpesona. Dia melagakan hidung miliknya dengan hidung Aleesya sehinggakn bunyi deruan nafas masing masing dapat dirasai.
Tengku Aeris menyentuh kedua pipi Aleesya dengan lembut dan menguak sedikit rambut gadis itu yang jatuh berjuntaian di dahi ke belakang telinganya.
Tindakan Tengku Aeris semakin drastik dengan mendekatkan bibirnya dengan bibir pink milik Aleesya DAN....
"Abang ! Bau hangit ni !" Aleesya menolak dada bidang lelaki itu dengan kuat sehingga Tengku Aeris terdorong kebelakang.
'Isy ! Potong stim betul !', bentak Tengku Aeris sambil meraup mukanya. Dia kemudiannya berlalu meninggalkan Aleesya keseorangan di situ.
HAHAHAHAHAHA hi readers ! 😊 sorry lama tak update sebab sis baru je hbs final ahad lepas. Busy sangat dengan assignment so maaf buat kalian tertunggu2. Amacam ? Pengajaran sis untuk korang semua dalam Bab ni jangan buat adegan sweet kat dapur ehhh sebab banyak sangat halangannya nanti. Nasi hangit la dapur terbakar la n macam macam lagi boleh jadi huehue 😂😂😂 teruskan support sis and vote eh. Jangan lupa comment gak 😘😚
YOU ARE READING
Cinta Tanpa Prejudis
RomanceTengku Aeris Naufal Tengku Hisham. Lelaki kacukan inggeris yang sering menjadi dambaan para wanita. Dalam erti kata lain jejaka terhangat di pasaran yang menjadi CEO di empayar syarikat bapanya tersendiri. Manakala Aleesya farhanah hanya seorang gad...