Bab 26

14.3K 292 9
                                        

Tengku Aeris POV

Aku mengelap peluh yang merenik di dahi dan leherku dengan tuala kecil. Perghhh penat juga dah lama tak main futsal ni. Semenjak aku menguruskan kerja di pejabat dengan pangkatku sebagai Chiefs Executive Officer, jarang sekali aku turun padang bersama sama geng macho aku yang lain. Perghh geng macho sia !

"Bruh amacam game tadi ?", tegur si Badrul.

"Hmm not bad. Skill korang semua still sama macam dulu. Pancit jugak aku tadi dah lama tak main", aku membalas

"Pancit apanya ? Aku tengok kau tadi main mengalahkan Ozil do. Power ahhh kauuu pehhhh", Badrul menumbuk bahuku perlahan

"Alaaaa aku ni biasa biasa je. Semput jugak nak goal tadi. Ah kau ! Ni apahal puji aku bagai ni ? Lain macam je"

"Wei aku ikhlas puji kau ah siot ! Hahaha kau dari zaman sekolah lagi terror en bab main bola ni. Semua sports kau nak conquer sampai dapat gelaran olahragawan. Satu sekolah admire kau kirim surat cinta setiap hari. Aku jugak la yang jadi pak posmen untuk diorang semua", Badrul berseloroh.

Aku tergelak mengenangkan zaman persekolahanku dahulu. Betul apa yang dikatakan Badrul tu. Dahulu aku merupakan seorang pelajar yang aktif dengan aktiviti sukan. Namun aku masih dapat membahagikan masa untuk aku mengulangkaji dan beriadah dengan sebaiknya. Mama dan papa juga tidak pernah jemu untuk memberikan aku sokongan yang positif.

"Huish kau ni Bad. Yang lama jangan dikenang. Tu semua zaman kegemilangan aku do hahaha. Alaaa kau pun sama je gilafriend keliling pinggang. Aku jugak tukang peneman bila nak ngedate. Sehari boleh tahan lima kali jugak kau berdating dekat kantin sekolah"

Badrul ketawa terkekeh-kekeh. Haaa betul la tu !

"Wow kau ungkit teruk ni hahaha. Alaaa zaman sekolah la time kita nak nakal nakal. Esok kalau dah kahwin kalau buat perangai pinggan mangkuk terbang. Aku sekarang ni setia pada yang satu je", Badrul tersengih memandang aku. Wow setia pada yang satu ? Aku cuba mentafsirkan makna disebalik kata-kata Bad tersebut.

"Satu ke dua ke tiga ke sepuluh ni Bad ? Wahhh kau biar betul?", soal aku kembali.

"Kau tak tahu ke Ris, Bad ni dah nak kahwin lagi dua minggu kot", sampuk Aryan. Entah bila dia mencuri dengar perbualan kami aku sendiri tidak pasti. Semenjak tadi kelibat Aryan tidak kelihatan. Barangkali dia ke tandas sebentar

Aku tercengang sebaik sahaja mendengar kata Aryan tersebut. Wajah Badrul aku padang dengan terpinga-pingga bersilih ganti dengan wajah Aryan. Aku inginkan penjelasan daripada mereka berdua.

"Woi ! Bila masa pulak kau ada girlfriend ni ? Bila masa pulak nak kahwin bagai ni ? Asal aku tak tahu langsung haih", aku membebel.

"Lekluuu aku nak bagi tahu kau sekarang lah ni", Badrul mengelak.

Aku mencebik. Dah pecah lubang baru nak bagi tahu.

"Siapa perempuan malang yang kena kahwin dengan kau tu ?", soalku

"Kawan masa aku study dekat UK dulu. Kau orang janganla salah faham pulak. Aku bukannya tak nak bagi tahu awal-awal tapi takut nanti mana la tahu tetibe jodoh kami tak panjang tak ke macam bagi harapan palsu nak makan nasi minyak dekat korang berdua namanya tu ?"

"Hm ye lah Bad. Aku doakan kau bahagia dengan perempuan tu. Kau jangan nak hancurkan hati dia pulak masa dah kahwin nanti. Kahwin ni cuma sekali je seumur hidup. Jangan pernah sia-siakan dia sepanjang kau berumah tangga. Hargai dia sebaik mungkin", nasihat Aryan

Aku sedikit tersentap apabila mendengar bait nasihat Aryan itu. Entah mengapa aku merasakan bahawa bait nasihat Aryan itu juga ditujukan buat aku yang sudah lama berumah tangga. Bukan Aryan tidak pernah mengetahui hubungan dingin aku dan Aleesya sebelum ini sedangkan lelaki itu juga pernah bertemu dengan Aleesya dan mengenali gadis itu.

Cinta Tanpa PrejudisTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang