Bab 31

13.6K 329 2
                                        

Tengku Aeris POV

Aku menuruni anak tangga setelah selesai mandi. Aku mendekati Aleesya yang sedang sibuk mencari bahan di dalam peti sejuk untuk memasak sarapan pagi.

Perlahan-lahan aku mencuit bahunya sehingga dia menjerit kecil. Bahu aku dipukulnya geram.

"Abang ni ! Nak sangat ke Ana mati cepat ? ", bebel Aleesya.

Aku tergelak kecil. Baru cuit sikit dah nak marah marah.

"Tak baik mengamuk pagi pagi nanti rezeki tak masuk", aku membalas

"Alasan", Aleesya mencebik.

"Kau tak payah masak la pagi ni. Kita makan dekat luar je", ujarku

"Keluar ? Pergi mana ?", soalnya kebingungan.

"Pergi jogging. Cepat siap sekarang"

"Ha ? Apa dia ?!"

"Isy jangan banyak tanya. Pergi jela siap cepat", aku menolak tubuhnya ke belakang perlahan.

Aleesya akhirnya menurut dan mengatur langkah menuju ke biliknya.

Aleesya POV

Aleesya mendengus kegeraman. Tapi ajak aku jogging sesama, sekarang ni aku kena tinggal sesorang dekat belakang ni apa kes ?

Hatiku berbunga riang saat Aeris mengajak aku untuk keluar bersamanya pagi ini di taman Botani. Jarang benar lelaki itu mengajaknya keluar ke mana mana sebelum ini namun segalanya berubah setelah peristiwa pengakuan daripada Aeris tempoh hari.

"Woi ! Lambatnya kau ! Jogging ke bersiar-siar ? Cepat ah sikit !", laung Aeris yang jauh berada dihadapan aku.

Aku mengeluh. Aku melajukan langkahku sehingga tiba di hadapan Aeris.

"Lembik !", Aeris mengutuk aku lalu dia kemudiannya meninggalkan aku kembali.

Belum sempat untuk aku membidas, Aeris sudah menjauh meninggalkan aku semula.

Aku yang tidak berpuas hati mula memecut ke hadapan. Aku depakan kedua tanganku untuk menghalang Aeris daripada meninggalkan aku semula.

"Apa abang cakap tadi ? Lembik ? ", soal aku untuk meminta kepastian.

"Huh ! Memang lembik pun ! Terhegeh-hegeh. Kura-kura pun lagi laju daripada kau", bebelnya lalu mengelap peluh yang merenik di dahinya menggunakan tuala kecil di atas bahu.

"Siapa kata Ana lembik ? Okay jom kita race ! Siapa lambat dia dapat hukuman nak ?", aku memberi cadangan kepadanya sambil tersenyum sumbing.

"Huh kau merepek apa pulak ni ? Kau tu bukan lawan aku lah. Aku tak main dengan orang lembik mengalahkan kura-kura macam kau ni", Aeris menunjal dahiku sehingga tubuh aku terdorong ke belakang sedikit.

"Hey sesuka hati abang je cakap Ana ni kura-kura. Habistu abang ni apa pulak ? Sang Arnab ?", aku merengus sambil bercekak pinggang.

Geram dengan perangai Aeris yang semakin menjadi-jadi itu. Setiap bait-bait kata yang terpacul keluar dari mulut lelaki itu pasti sahaja berbisa.

"Sang Arnab kacak ! Dah tepi lah !",  Aeris melanggar bahuku dengan kasar lalu dia kembali meninggalkan aku di belakangnya.

"Perasan ! Jom lah kita lawan sampai pokok hujung sana tu. Siapa lambat sampai dia kena belanja makan KFC balik nanti !" aku menarik bahunya supaya berhenti.

Sengaja aku mencadangkan supaya yang tewas dalam perlawanan ini nanti perlu membelanja makanan KFC kerana aku yakin pasti aku dapat menandingi Aeris. Ah kalau dah namanya lelaki gentleman, sudah pasti akan mengalah apabila lawannya seorang perempuan kan.

Cinta Tanpa PrejudisTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang