Bab 13

16K 307 2
                                    

Aleesya terjaga apabila terdengar akan deringan telefon bimbitnya.

Dah 6 pagi !

Aleesya lantas bangun lalu menuju ke bilik air. Dia segera membersihkan dirinya dan mengambik wudhu untuk menunaikan solat Subuh.

Aleesya mendekati suaminya yang sedang nyenyak tidur.

"Awak, bangun solat subuh", gerak Aleesya. Tubuh lelaki itu yang sedang berselimut disentuh.

Aeris Naufal hanya mengerang. Dia memisat kelopak matanya.

"Dah pukul berapa ni ?", soal lelaki itu kembali.

"6.20. Awak cepat lah bangun ambik wudhu. Saya tunggu kita berjemaah sekali"

Aeris Naufal bangun dari katilnya dan segera menuju ke bilik air. Dia tidak menjawab langsung kata-kata isterinya itu.

Aleesya hanya tersenyum hambar. Alhamdulillah meskipun dia bersifat tegang namun lelaki itu masih mahu mendengar katanya berkenaan dengan solat.

Solat subuh pagi itu diimamkan oleh Aeris Naufal sendiri. Setelah doa diaminkan oleh mereka berdua, Aleesya menarik tangan Aeris Naufal untuk bersalam dengannya. Aeris Naufal hanya diam dan membiarkan sahaja tindak tanduk isterinya itu.

🌻🌻🌻🌻🌻

"Amboi, awal pengantin baru kita bangun ? Aeris mana ?", puji Datin Maria.

Aleesya tersenyum simpul. Awal sangat ke ?

"Abang Aeris kat atas tengah mandi. Err ada apa apa ke yang Isya boleh tolong datin ?", soal Aleesya setelah melihat Datin Maria menyusun pinggan di atas meja.

"Ehhh kenapa Isya panggil datin ni ? Isya kan dah jadi menantu mama so kena la biasakan diri panggil mama ye sayang ?", ujar Datin Maria kepada Aleesya. Bahu gadis itu dipegangnya lembut.

"Haaa betul tu. Jangan segan segan sebab Isya dah jadi menantu kami. Kita dah jadi satu keluarga", balas Tengku Hisyam pula.

Aleesya hanya mengangguk. Dia membantu Datin Maria mengerjakan tugasan di dapur.

Aleesya kaget apabila terasa ada tangan yang melingkari di pinggangnya. Aduh tangan siapa pula yang merayap tak tentu pasal ni !

"Hi sayang, buat apa tu", bisik Aeris Naufal dengan penuh romantis di telinga gadis itu. Aleesya gugup apabila keadaan mereka yang sungguh rapat tatkala ini. Dah la depan Datin Maria pula tu !

Aleesya cuba untuk merungkaikan lingkaran tangan lelaki itu namun pantas pergelangan tangannya di tangkap oleh Aeris dan dipegang dengan kemas.

"Amboi amboi pasangan suami isteri. Tak cukup cukup nak buat adegan dalam bilik ke sampai kat sini pun nak buat show ?", perli Datin Maria. Mak leha selaku pembantu rumah di situ hanya tersenyum melihat mereka berdua. Anak muda la katakan !

"Memang la tak puas ! Tu sebab Ris nak pindah cepat so boleh la hari hari nak buat show dengan isteri kesayangan Ris ni kat mana mana tanpa ada gangguan", sambung Aeris lagi. Pipi Aleesya dicubitnya dengan geram.

Pipi Aleesya mula merona merah. Malunya Ya Allah !

"Gatal betul anak mama ni. Tu la siapa suruh tak kahwin cepat ? Kalau tak dah berderet dah cucu mama ni"

"Alaaa ma, mana Ris tahu kahwin ni best sebenarnya kan Isya"

Aleesya hanya terpaksa mengangguk.
Hmmm best ? Best la sangat !

"Haaa bila kamu nak pindahnya Ris ?"

"Petang ni jugak. Ris esok dah start kerja so malaslah nak angkut barang lepas habis kerja nanti"

"Alaaa awalnya kamu nak pindah ? Tak sempat mama nak kenal kenal dengan Isya ni ha"

"Nanti hujung minggu Ris datangla sini dengan Isya tengokkan mama. Mama nak gossip dengan dia sampai subuh pun Ris tak kisah"

"Hm ye la. Ikut kamu la Ris. Janji isteri kamu ni bahagia. Dah jom makan"

"Okay jom sayang", ujar Aeris Naufal lalu menarik tangan isterinya.

'Pandai kau berdrama ye Aeris !'

🌻🌻🌻🌻🌻

Aleesya terkesima saat dia melangkah masuk ke dalam kediaman Aeris Naufal. Cantiknya ! Dengan perhiasan dan ruang tamu yang cukup mewah. Agak-agaknya berapa lah bilik dalam rumah besar ni ye.

"Kau angkat beg kau dalam kereta tu sekarang. Bilik kau kat bawah ni", ujar Aeris Naufal.

Aleesya hanya mendiamkan diri. Bilik aku kat bawah ? Habistu bilik dia ?

"Yang kau duk terjegat kat situ kenapa ?! Angkatla beg kau takkan itu pun nak kena ajar ?", bentak Aeris Naufal lagi.

"Bukan kita tidur sebilik ke ?"

"Hey ! Siapa nak sebilik dengan kau ha perempuan ?! Aku tak nak bilik aku bau sampah dengan baju baju kau yang jijik tu !", herdik Aeris Naufal lagi.

"Atau kau nak....", sambung Aeris Naufal lagi lalu mendekatkan dirinya ke arah Aleesya yang sedang berdiri di balik pintu bilik tersebut.

Aleesya mula gementar. Dia ingin menjarakkan dirinya dari lelaki itu namun gagal kerana pergerakan Aeris Naufal lebih pantas darinya.

Dengan sekelip mata Aeris Naufal mencempung tubuh gadis itu lalu menghempaskan Aleesya dengan kasar di atas katil. Tubuh gadis itu ditindihnya.

"Atau pun sebenarnya kau nak aku sentuh kau macam ni ?", ujar Aeris Naufal dengan penuh gemersik di cuping telinga Aleesya. Lelaki itu mengelus lembut pipi Aleesya yang putih itu.

"Awakk nn-nak buat apa ni?", soal Aleesya gusar. Dia hendak menolak dada bidang lelaki itu namun pantas pergelangan tangannya digenggam dengan erat oleh Aeris Naufal.

"Aku nak kau boleh ? Hm ?", soal Aeris Naufal lagi. Tudung yang dililit di kepala Aleesya ditariknya dengan kasar lalu dicampak ke bawah lantai.

Aleesya panik ! Kau betul betul gila Aeris !

"Tak nakkk ! Aku tak nakkk ! Lepaskan aku !", ronta Aleesya. Dia mula mengalirkan air matanya.

Aeris Naufal tidak mempedulikan rayuan Aleesya tersebut. Rambut gadis itu diusapnya dengan perlahan-lahan. Nafasnya turun naik dek kerana menahan gelodak nafsunya yang terlalu menginginkan belaian dari gadis itu.

"Aeris pleaseeee. Lepaskan akuuuu. Jangan buat aku macam ni", rayu Aleesya lagi. Ada esakan kecil dari gadis itu.

Tiba-tiba Aeris Naufal teringat akan sesuatu. Perkahwinan ini tanpa cinta ! Ya tanpa cinta !

'Aeris ! Jangan sentuh dia ! Kau dah lupa ke yang dia tu sebenarnya perempuan kampung yang jijik ?', ada suara yang menghantui Aeris Naufal tika itu. Bisikan suara yang menaikkan egonya kembali.

Aeris Naufal bangun daripada menindih Aleesya. Dia meraup mukanya berkali-kali.

Arghhhhh apa yang aku dah buat ni !

"Arghhh lupakan perkara tadi ! Aku tak teringin pun nak sentuh kau ! Apa kau nak aku paksa kau macam tadi ? Kalau kau tak nak jangan sesekali kau cuba nak masuk dalam bilik aku faham ?!", jerkah Aeris Naufal lagi. Aeris kemudian meninggalkan gadis itu keseorangan di dalam bilik. Pintu bilik itu dihempasnya dengan kasar.

Aleesya hanya menghela nafas. Sungguh dia benar benar takut sekiranya dirinya disentuh oleh lelaki itu tanpa dasar cinta. Dia belum bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya yang satu itu. Aleesya menangis semahu-mahunya tika itu. Dia menekup mukanya dengan bantal bagi mengumpul kembali semangatnya untuk berhadapan dengan Aeris Naufal.

Cinta Tanpa PrejudisWhere stories live. Discover now