KAHWIN ?

11.3K 350 2
                                    

Atikah hanya memandang sayu kepada Aleesya yang sedang mengemas pakaiannya di dalam beg.

"Isya", tegurnya.

"Ye kenapa ?", soal Aleesya kembali. Dia mengerutkan keningnya sedikit.

Atikah meluru memeluk Aleesya yang sedang duduk bersila di atas lantai. Ada nada sendu dari gadis itu.

"Lepasni aku dah tak dapat dah nak peluk kau macam ni. Malam ni kau last tidur dalam rumah ni. Sunyi lah aku nanti kat dalam rumah ni sebab takde kawan nak gaduh dah", rajuk Atikah. Ada titisan air yang jernih mengalir dari tubir matanya.

"Shhhh asal cakap macam ni ? Alaaa bila bila aku cuti nanti aku datangla sini jenguk kau. Aku bukannya pergi luar negara pun sampai kau nak menangis bagai ni. Dah la jangan nangis, banjir rumah ni nanti lemas kita berdua tau !", pujuk Aleesya. Belakang tubuh temannya itu diusap perlahan. Alahai sensitif betul !

"Hmm ye lah tu. Kau kalau ada apa apa masalah dengan si Aeris tu, terus contact aku tau. Biar aku ajar singa tu ! "

"Hahaha ganasnya kau ni. In sha Allah aku cuba. Kau doa doakanlah rumah tangga aku bahagia dengan dia nanti ye ?"

"Mesti lah ganas. Ehhh aku ni ada silat tau ! Dulu masa zaman sekolah semua tak berani nak cari pasal dengan aku ni k ! In sha Allah weh, aku akan selalu doakan yang terbaik untuk kau. Semoga hati dia terbuka nak terima kau. Kau jangan lupa lak nak buat tips tips pikat suami yang aku dah ajar semalam !"

"Tips ? Adeh aku nak hadap muka dia pun aku dah takut inikan pulak nak goda dia ? Mahu dia terkam aku wehhh nahas aku !"

"Alaaaa rilek lah. Belum cuba belum tahu kan ? Lelaki ni petik jari sikit je dah cair. Percayalah cakap aku ! Hehehe"

"Hmmm tengoklah"

"Dah lepas kau kemas semua barang kau ni cepat turun bawah k. Aku dah masakkan makanan favorite kau ayam masak lemak cili api"

"Wahhhh ni aku sayang kau ni ! Thanks wehhh !", balas Aleesya lalu dia kembali merangkul bahu sahabatnya itu. Lama mereka berpelukan sedemikian.

Sejujurnya Aleesya masih berdebar menanti hari esok. Mungkinkah esok merupakan hari bahagianya ? Dapatkah lelaki itu menerimanya dengan penuh kerelaan hati sedangkan hendak memandang wajahnya semasa di pejabat pun tidak inikan pula duduk serumah sebilik. Aleesya mengeluh sendirian.

'Semoga kau tabah duhai hatiku", monolognya sendirian.

🌻🌻🌻🌻🌻

Setelah sebulan menunggu, hari ini Aleesya bakal diijab kabulkan dengan Tengku Aeris Naufal Tengku Hisyam. Ya, lelaki yang tidak pernah dicintainya sama sekali ! Lelaki itu juga amat membenci dirinya !

Aleesya hanya memandang inai di tangannya. Dia kelihatan sungguh anggun dengan baju pengantin yang tersarung di tubuhnya. Aleesya tidak memakai solekan tebal kerana wajahnya sudah natural beauty gitu ! Dengan solekan tipisnya, mampu sahaja dia mengetarkan degupan jantung para lelaki di luar sana !

"Amboi amboi lawanya kau ! Sebijik macam Mira Filzah siot ! Hahaha ", tegur Aisyah iaitu temannya semasa di universiti dahulu. Gadis itu kemudiannya menghampiri Aleesya yang sedang termenung semenjak tadi.

"Haih kau kalau puji aku kemain lagi ye ?", rungut Aleesya. Dia sempat menjeling ke arah Aisyah.

"Ehhh aku cakap apa yang aku nampak k. Ni jujur dari hati ni hahahaha. Dah jom turun. Pengantin lelaki dah sampai", ajak Aisyah lalu menarik tangan Aleesya yang sedang terpinga-pinga.

Alamak !

Tengku Aeris berlagak selamba namun jauh di sudut hatinya dia berasa amat resah. Al maklumlah first time nak akad nikah beb !

Wajah tok kadi dan wajah bapanya dipandang silih berganti. Sebentar lagi dia akan menamatkan zaman bujangnya bersama isteri 'tercinta'. Berkali kali lelaki itu berzikir bagi memberinya sedikit kekuatan untuk melafazkan akad nikah sebentar lagi.

Aleesya sudah berada di belakang Tengku Aeris. Dia memandang bakal suaminya sekilas. Lelaki itu tampak gelisah !

"Baiklah, semua dah sedia ? Mari kita mulakan", tok kadi memulakan bicara.

Tengku Aeris mengangguk perlahan.

"Aku nikahkan dikau, Aeris Naufal bin Hisyam dengan Aleesya Farhanah binti Ahmad dengan mas kahwinnya sebanyak 130 ringgit tunai", suara Tok kadi kedengaran.

"Aku te-terima nikahnya Aaa-leesya", peluh mula merenik di dahi Tengku Aeris. Lidahnya menjadi kelu secara tiba-tiba.

"Jangan takut nak, tenangkan fikiran, mari kita mulakan semula", ujar Tok Kadi itu kembali.

Tengku Aeris mengangguk. Malunya !

Faiq Aryan menepuk perlahan bahu sahabatnya itu. Haaa tahu takut ! Haritu cakap besar ! Ingat nak kahwin ni senang ?

Tok kadi melafazkan akad nikah kembali namun kali ini Tengku Aeris berjaya melafazkannya dengan penuh lancar.

"Alhamdulillah", semua tetamu di ruang itu menghela nafas yang lega.

Selesai sahaja majlis akad nikah, kini berlangsungnya majlis membatalkan air sembahyang bagi kedua dua mempelai.

Tengku Aeris lantas mendekati isterinya yang baru sahaja beberapa minit itu. Dia menyarungkan cincin belah rotan di jari manis gadis itu. Sengaja dia memilih cincin yang tidak mahal dan biasa sahaja kerana dia menganggap bahawa perkahwinan ini tidak memberi erti yang besar kepada dirinya.

Aleesya farhanah mengukir senyuman yang manis kepada Tengku Aeris. Dia lantas menyalam lalu mencium tangan kanan milik lelaki itu. Aleesya juga menantikan kucupan dari lelaki yang telah bergelar suaminya itu didahinya namun hampa sekali apabila lelaki itu menarik semula tangannya daripada terus dipegang oleh Aleesya.

'Sebegitu sekali kah engkau membenci diriku Aeris ?', desis Aleesya. Dia hanya berlagak selamba dan tersenyun kelat.

Jantung Tengku Aeris berdegup kencang saat Aleesya mengucup tangannya dengan penuh hormat sebentar tadi. Tersentuh juga hatinya namun ego lelaki itu yang tinggi menggunung menghalang dirinya daripada mengucup dahi gadis itu.

Waduhhhh mencabar sekali bagi sis nak update this part ! Korang rajin rajinlah vote n komen ye. Thanks readers 💕

Cinta Tanpa PrejudisWhere stories live. Discover now