"Ingat pesan mak Isya, jaga makan minum suami kamu tu baik baik. Jangan pernah sekalipun tinggikan suara dengan dia. Jalankan tanggungjawab kamu sebagai isteri. Jadi isteri yang baik dan taat pada suami. Hidup berumah tangga ni memang penuh dengan dugaan jadi banyakkan bersabar. Mak sayang Isya sangat sangat"
Masih berlegar legar lagi pesanan ibunya, Puan Saleha petang tadi di dalam fikiran Aleesya. Dia termenung seketika malam itu.
'Mak, macam mana Isya nak jalankan tanggungjawab Isya sebagai seorang isteri sedangkan suami Isya tak pernah nak terima Isya sebagai isterinya yang sah ?', desis Aleesya keseorangan di dalam bilik suaminya.
Bunyi pintu bilik yang dikuak dari luar mengejutkan lamunan Aleesya.
"Hey ! Siapa suruh kau duduk atas katil aku ni ha", soal lelaki yang digelar 'suami' itu.
Aleesya hanya mengangkat wajahnya memandang lelaki itu.
"Err bukan ke ni bilik kita ? Sa-saya kan isteri awak so mesti lah saya tidur da-dalam bilik ni kan?", jawab Aleesya tergagap-gagap.
Tengku Aeris hanya tersenyum sinis.
Cis ! Ada hati nak sebilik dengan aku konon !"Kau jangan nak perasan sangat ni bilik kau ! Sedar diri kau tu siapa ! Kalau tak sebab kita tengah duduk dalam rumah papa aku ni, dah lama dah aku halau kau keluar daripada bilik aku ni. Silap silap dalam bilik air aku pun kau tak layak nak jejak kau tahu ?!",jerkah Aeris Naufal kepada Aleesya.
Terhenjut sedikit bahu Aleesya dek kerana mendengar teriakan daripada lelaki itu.
"Saya sedar kedudukan saya yang sebenarnya di sini. Saya hanya hidup menumpang je di rumah awak. Ma-maafkan saya", ujar Aleesya. Ada nada sendu dari gadis itu.
"Well baguslah kalau kau dah sedar ! Kau kemas baju kau semua malam ni jugak ! Esok kita pindah duduk rumah aku"
"Pindah ? Kenapa awal sangat ?"
"Boleh tak kalau kau tak banyak tanya ?! Kau nak tinggal lama dekat sini sebab kau nak hasut mama aku kan ? Huh ! Dasar perempuan batu api !", herdik Aeris Naufal dengan suara yang kian meninggi.
Aleesya mengurut dadanya perlahan. Dia beristighfar kerana menerima tuduhan melulu dari suaminya itu.
"Tak pernah terlintas pun di fikiran saya nak buat macam tu dekat awak. Kenapa awak begitu bencikan perempuan miskin seperti saya ? Apa salah saya Aeris ?"
"Huh ! Tak payah nak berlagak baik lah kau. Sebab kaum macam kau ni lah hidup aku musnah kau tahu tak ?! Dah sekarang baik kau bangun dari katil aku !"
Aleesya masih mendiamkan diri. Dia masih lagi menghadamkan kata-kata lelaki itu sebentar tadi. Musnah ? Apakah maksud sebenar lelaki itu ?
"Eeeee bangunlah ! Aku cakap bangun ! Aku tak nak sekatil dengan perempuan sejijik kau !", bentak Aeris Naufal lalu menarik pergelangan Aleesya dengan kasar. Dia kemudiannya menolak tubuh gadis itu sehingga terjatuh tersembam di atas lantai.
Aleesya terduduk lemah.
"Malam ni kau tidur atas lantai ni ! Jangan nak bermimpi nak tidur sebelah aku. Aku takkan sesekali sentuh perempuan murahan macam kau Aleesya !", balas lelaki itu lalu dia membaringkan tubuhnya di atas katil.
Perempuan murahan ? Kejamnya kau Aeris ! Sampai hati kau kata aku macam ni sedangkan aku dengan rela hati sudi nak menyelamatkan kau dengan perkahwinan ini walaupun hati aku sendiri yang menderita.
Aleesya bangun lalu berhasrat ingin mengambil bantal yang terletak di atas katil tersebut.
"Woi ! Siapa suruh kau ambik bantal ni ha ?!", bentak Aeris Naufal lagi.
Aleesya tersentak lalu bantal yang dipegangnya terlepas.
"Na-nak ambil bantal ni lah. Nak tidur dekat bawah ni"
"Kau letak balik bantal tu kat atas ni ! Jangan nak mengada-ngada ambik barang aku. Untuk pengetahuan kau, kau takde hak langsung nak sentuh semua barang aku dalam bilik ni jadi kau tidur atas lantai tu sekarang ! Jangan ambik selimut ke bantal ke apa apa dari bilik aku ni faham ?!", marah lelaki itu.
Aleesya hanya mengangguk perlahan. Dia menahan air matanya daripada mengalir. Dia tidak mahu tampak lemah apabila berhadapan dengan lelaki ini.
Aleesya bangun lalu mengambil beg sandangnya yang terletak di atas meja. Dia kemudiannya baring di atas lantai beralaskan beg sandangnya itu dikepala. Dia menggigil kesejukan lalu berpeluk tubuh. Air mata yang ditahan sebentar tadi akhirnya tumpah jua.
'Ya Allah, mengapa dugaan yang engkau berikan padaku seberat ini ? Sesugguhnya aku tidak mampu untuk menghadapai semua ini bersendirian. Kuatkanlah aku Ya Allah', doa Aleesya dalam diam. Dia menekup mulutnya demi menahan sendu tangisannya daripada menganggu Aeris Naufal yang sedang tidur lena.
Aleesya semakin mengalirkan air mata yang deras. Malang sekali hidupnya apabila malam pertamanya hanya beralaskan lantai sahaja. Sesungguhnya tidak mudah bagi Aleesya untuk melupakan malam yang penuh tragis ini. Ya ! Malam di mana dia dimaki dan dihina ! Malam dimana dia tidur di atas lantai ! Itulah malam pertama yang dialami oleh seorang gadis yang bernasib malang yang bernama Aleesya Farhanah.
YOU ARE READING
Cinta Tanpa Prejudis
Roman d'amourTengku Aeris Naufal Tengku Hisham. Lelaki kacukan inggeris yang sering menjadi dambaan para wanita. Dalam erti kata lain jejaka terhangat di pasaran yang menjadi CEO di empayar syarikat bapanya tersendiri. Manakala Aleesya farhanah hanya seorang gad...